PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 lagi penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.
Tangkapan terhadap kesemua lelaki itu dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 11 Mac lepas.
Menurut sumber kesemua suspek berusia antara 30-an dan 50-an ditahan pada kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
"Siasatan awal mendapati semua suspek disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2023.
"Mereka yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain," katanya.
Berikutan penahanan individu berkenaan, AML SPRM telah merampas barangan seperti telefon bimbit dan membekukan akaun bank kesemua individu berkenaan.
Sebelum ini AML SPRM menahan 11 individu termasuk lima penjawat awam yang kemudiannya direman bagi membantu siasatan.
Difahamkan modus operandi sindiket tersebut termasuk menggunakan khidmat "forwarding agent" sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan sepatutnya.
Sindiket itu juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.
Selain itu, sindiket itu juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.
Sementara itu, Pengarah AML SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan 15 suspek tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata kesemua individu itu akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

SPRM percaya sindiket itu menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Penjawat awam Perak terima 'duit raya' RM1,500
Pembayaran akan dibuat pada 24 Mac, melibatkan kira-kira 13,582 penerima.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.