SHAH ALAM: Op Selamat 17 Polis Kontinjen Selangor sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 catatkan 1,420 kes kemalangan dalam tempoh empat hari pertama, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.
Bagaimanapun beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 30.87 peratus atau 634 kes berbanding empat hari pertama Op Selamat 16 pada Tahun Baharu Cina 2020 yang mencatatkan 2,054 kes.
"Sejak dilancarkan pada 28 Jan lepas, daripada jumlah kes kemalangan jalan raya direkodkan, 219 kemalangan berlaku di lebuh raya, 96 kemalangan di jalan persekutuan, 182 kemalangan di jalan negeri, 825 kemalangan di jalan bandaran dan 98 kemalangan di lain-lain jalan," katanya.
Bagi kes kemalangan maut pula, sebanyak lapan kes telah direkodkan yang kesemuanya melibatkan penunggang motosikal.
"Jumlah ini juga menunjukkan penurunan sebanyak enam kes, di mana dalam Op Selamat 16 tahun 2020, sebanyak 14 kes kematian direkodkan yang melibatkan 11 penunggang motorsikal dan tiga kes pejalan kaki," katanya.
Beliau berkata sejumlah 11,464 saman pelbagai kesalahan turut dikeluarkan pihaknya yang melibatkan kesalahan melebihi had laju (10,879); tidak mematuhi lampu isyarat (318); menggunakan alat komunikasi semasa memandu (236); memotong barisan (27); memotong garisan berkembar (tiga) dan pandu di lorong kecemasan (satu).
Op Selamat 17 sedang dilaksanakan selama 10 hari sehingga 6 Feb, 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 30.87 peratus atau 634 kes berbanding empat hari pertama Op Selamat 16 pada Tahun Baharu Cina 2020 yang mencatatkan 2,054 kes. - Foto BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

1,607 saman pandu laju dikeluarkan di Perak dalam tempoh 12 jam
Deputi Superintendan Roslan Mohamed berkata, kesalahan pandu laju paling tinggi adalah melibatkan kereta.

Op Selamat 17: 1,420 kemalangan pada empat hari pertama di Selangor
Op Selamat 17 Polis Kontinjen Selangor sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 catatkan 1,420 kes kemalangan dalam tempoh empat hari pertama.