SEREMBAN: Kadar jenayah pecah rumah pada Ops Selamat 18 sempena perayaan Aidilfitri sejak 29 April hingga 8 Mei di seluruh negara, mencatatkan penurunan dengan 350 kes berbanding Ops Selamat pada 2019 iaitu sebanyak 790 kes.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata penurunan sebanyak 440 kes itu, jelas menunjukkan peranan dan kesedaran orang ramai yang mula menjaga keselamatan rumah masing-masing.
"Ia termasuklah dengan cara memasang penggera keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman, serta kawalan secara berkala pihak berkaitan.
"Terima kasih pada semua masyarakat yang bukan sahaja memberi maklumat kepada pihak polis, tetapi menjaga kediaman masing-masing sepanjang perayaan Aidilfitri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara, yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Datuk Ruslan Khalid di sini hari ini.
Dalam pada itu Aidi berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak leka dan tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, meskipun terdapat beberapa kelonggaran berhubung langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa pada 1 Mei lepas.
Jelasnya pihak berkuasa juga akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan pematuhan SOP di tempat yang sepatutnya adalah dipatuhi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Aidi Ismail pada sidang media selepas merasmikan penutupan Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara (KPN) di Seremban hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah seluruh negara berkurang
Ia mencatatkan penurunan dengan 350 kes berbanding Ops Selamat pada 2019 iaitu sebanyak 790 kes.

Bomba jangka penurunan 20 peratus kes di Tahun Baru Cina 2020
Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata jumlah ketiga-tiga kategori kes kemalangan itu telah menurun 16 peratus pada tahun lalu.

Enam kematian di Kedah dalam tempoh dua hari Ops Selamat
Sebanyak lima kes kemalangan maut membabitkan enam kematian direkodkan di Kedah selepas dua hari pelaksanaan Ops Selamat ke-16 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang bermula semalam hingga 1 Feb depan.

1.3 juta kenderaan nikmati diskaun PLUS, trafik dijangka sesak
Mohd Yusof berkata, dijangka berlaku pertambahan jumlah kenderaan pada hari ini di beberapa lebuhraya utama di seluruh negara dan peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki ibu negara.

Ops Selamat 15: Tiada kesedaran di jalan raya punca peningkatan saman - KPN
Penambahan saman itu disebabkan peningkatan bilangan kenderaan di seluruh negara serta kesalahan pengguna yang dikesan.

Baru 3 hari Ops Selamat, kematian di Ipoh sama jumlah sepanjang operasi tahun lalu
Walaupun Ops Selamat sempena Aidilfitri 2019 baru dilancarkan pada 29 Mei lalu, jumlah kematian yang dicatatkan di Ipoh kini sama dengan angka yang dicatatkan sepanjang tempoh operasi tahun lalu.

Polis KL lancar URB "Team Ninja" ronda cegah jenayah
Pasukan berkenaan terdiri daripada 52 pegawai dan anggota yang akan menggunakan motosikal jenis Kawasaki Scrambler KLX 250 bagi melakukan rondaan secara bergilir-gilir setiap hari.

Ops Selamat 9: Jumlah kemalangan maut menurun
15 hari pelaksanaan Ops Selamat 9 sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 Jun hingga 14 Julai menyaksikan penurunan kes kemalangan maut.

2,511 pengguna lalu lintas disaman di Melaka, Johor dan N. Sembilan
Saman dikeluarkan serta-merta kepada pesalah lalu lintas dalam rondaan selama 24 jam oleh 77 anggota dan pegawai trafik di tiga buah negeri tersebut.

Tindakan tegas terhadap syarikat bas tidak patuhi peraturan - Liow
Siasatan rapi akan dilakukan terhadap syarikat bas yang kenderaan miliknya terlibat dalam kemalangan semasa tempoh Ops Selamat, termasuk sebuah bas ekspres yang merempuh 10 kereta di lebuh raya PLUS.