KUALA LUMPUR: Sebanyak 821 kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di ibu negara dan Putrajaya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina 2024 bermula 8 Feb lepas hingga semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 26,714 saman dikeluarkan dan 36 motosikal disita atas pelbagai kesalahan menerusi 19 operasi dijalankan.
Beliau berkata sebanyak 20 tangkapan turut dilakukan melibatkan 11 kes samseng jalanan, lima kes ulat parkir, dua kes pemalsuan dokumen serta masing-masing satu kes dadah dan air ketum.
"Polis Kuala Lumpur telah menggunakan pendekatan Op Selamat 21 tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawalan lalu lintas di sekitar pusat bandar raya selain mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan.
"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah menggerakkan 140 kekuatan dengan pecahan lapan pegawai kanan dan 132 pegawai rendah bagi membuat pemantauan di 50 lokasi 'hotspot' dan 11 lokasi 'blackspot'," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 26,714 saman dikeluarkan dan 36 motosikal disita atas pelbagai kesalahan menerusi 19 operasi dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Op Selamat 21: Jumlah kemalangan, kemalangan maut menurun pada 2024
Jumlah kemalangan dalam Op Selamat 21 merekodkan penurunan sebanyak 10 peratus berbanding Op Selamat 19 pada tahun lepas.

Op Selamat 21: 821 kemalangan direkodkan di Kuala Lumpur, Putrajaya
Sebanyak 821 kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di ibu negara dan Putrajaya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina 2024 bermula 8 Feb lepas hingga semalam.

Op Selamat 21: 14 kematian direkodkan semalam
Sebanyak 14 kematian direkodkan pada hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Op Selamat 21: Polis laksana Op Lancar di lima daerah di Selangor
Polis akan melaksanakan Op Lancar di beberapa lokasi di lima daerah di Selangor dalam Op Selamat 21 bermula Khamis ini hingga 13 Feb depan sempena Tahun Baharu Cina.