KUALA LUMPUR: Polis akan melaksanakan Op Lancar di beberapa lokasi di lima daerah di Selangor dalam Op Selamat 21 bermula Khamis ini hingga 13 Feb depan sempena Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua daerah itu ialah Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Serdang dan Klang Utara dengan melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Plaza Tol Gombak, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Kilometer 30, Jalan Klang-Teluk Intan, Pekan Kuala Selangor ke Tanjung Karang dan Jalan Kuala Selangor-Rawang.
Beliau berkata selain itu Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dan Klang-Teluk Intan di Pekan Kapar serta Plaza Tol Sungai Besi di Serdang.
"Dalam operasi ini sebanyak 11 operasi perangkap had laju dan lima lokasi Op Lancar akan dilaksanakan dengan kekuatan 61 pegawai kanan dan 432 anggota sepanjang enam hari bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar.
"... menjadi tanggungjawab pengguna jalan raya untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, bertolak ansur, tidak menggunakan telefon bimbit dan mematuhi undang-undang lalu lintas," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi peringkat Kontinjen Selangor sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di sini hari ini.
Hussein berkata semua elemen dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk unit dron, aset helikopter, 42 kereta serta 89 motosikal akan digunakan sepanjang operasi terbabit bagi memantau lokasi kesesakan lalu lintas.
Beliau berkata sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman menerusi talian 03-2266 3356, hotline Bilik Gerakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor 03-5510 0559 atau hotline CCC Selangor 03-5514 5206.
Sementara itu, Hussein berkata Op Aman Khas 1/2024 yang dilaksanakan selama dua minggu di Klang, Selangor bermula 15 Jan lepas, dilihat berjaya menurunkan indeks jenayah khususnya di kawasan terbabit dan operasi itu akan diteruskan di daerah lain di Selangor.
Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan antaranya PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Tenaga Kerja, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan dengan memfokuskan elemen gangsterisme, jenayah kekerasan serta orang dikehendaki.
Menurut Hussien dalam operasi yang dijalankan di 16 lokasi tapak projek dan sarang penagih dadah itu, seramai 1,184 individu ditahan atas pelbagai kesalahan selain 85 individu dikehendaki turut ditangkap.
Pada Ahad lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Hussain menegaskan PDRM komited dalam memastikan Klang bersih dan tidak sama sekali membenarkan daerah itu disamakan dengan Colombia susulan kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Hussein berkata semua elemen dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk unit dron, aset helikopter, 42 kereta serta 89 motosikal akan digunakan sepanjang operasi terbabit bagi memantau lokasi kesesakan lalu lintas. - Foto FB Polis Selangor
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op Selamat 21: Jumlah kemalangan, kemalangan maut menurun pada 2024
Jumlah kemalangan dalam Op Selamat 21 merekodkan penurunan sebanyak 10 peratus berbanding Op Selamat 19 pada tahun lepas.

Op Selamat 21: 821 kemalangan direkodkan di Kuala Lumpur, Putrajaya
Sebanyak 821 kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di ibu negara dan Putrajaya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina 2024 bermula 8 Feb lepas hingga semalam.

Op Selamat 21: 14 kematian direkodkan semalam
Sebanyak 14 kematian direkodkan pada hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Op Selamat 21: Polis laksana Op Lancar di lima daerah di Selangor
Polis akan melaksanakan Op Lancar di beberapa lokasi di lima daerah di Selangor dalam Op Selamat 21 bermula Khamis ini hingga 13 Feb depan sempena Tahun Baharu Cina.