Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 1,696 kemalangan direkodkan sepanjang operasi kali ini, berbanding 1,993 kes dalam Op Selamat 21, tahun lalu.
Katanya, ini menunjukkan pengurangan sebanyak 257 kes, mencerminkan keberkesanan langkah keselamatan jalan raya yang dilaksanakan.
"Dari segi kemalangan maut, tahun ini hanya mencatatkan tiga kes berbanding 15 kematian dalam Op Selamat 21.
“Ini satu penurunan drastik yang sangat baik, iaitu sebanyak 12 kematian," katanya dalam wawancara bersama AWANI Pagi pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau menyeru pengguna jalan raya agar terus berdisiplin di jalan raya, terutama dalam tempoh lima hari terakhir operasi yang akan berakhir pada 2 Februari.
Beliau menekankan kepentingan sikap bertoleransi, mematuhi papan tanda dan arahan trafik bagi memastikan trend penurunan kemalangan dapat diteruskan.
Op Selamat 23 dilaksanakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, dengan fokus utama kepada pemantauan keselamatan jalan raya dan pencegahan kemalangan bagi memastikan perjalanan orang ramai lebih selamat.