ALOR SETAR: Penunggang dan pembonceng motosikal dikenal pasti penyumbang tertinggi statistik kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tempoh Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Kedah sejak 29 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, 15 kes kematian itu membabitkan 995 kemalangan yang direkodkan dalam tempoh sembilan hari ia dilaksanakan.
"Daripada 15 kes kemalangan maut itu sembilan melibatkan penunggang motosikal, lapan penunggang seorang pembonceng.
"Punca lebih kepada kecuaian seperti terbabas mengantuk. Di negeri Kedah ini tiga daerah yang penyumbang kepada kemalangan yang tinggi iaitu di Kuala Muda, daerah Kota Setar dan juga daerah Kulim," katanya.
Katanya, mangsa yang maut terdiri daripada penduduk tempatan berusia antara 15 hingga 30 tahun dan kebanyakan kemalangan berlaku di jalan negeri.
Jelasnya lagi, sepanjang tempoh terbabit sebanyak 17,004 saman dikeluarkan terhadap pengguna atas pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan dikesan memandu di lorong kecemasan, penggunaan telefon bimbit ketika memandu, tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan berkembar selain memotong barisan.
Terdahulu Mohd Mahiri, melakukan tinjauan lalu lintas di Plaza Tol Alor Setar Utara, hari ini.
Menerusi tinjuan terbabit mendapati aliran trafik berlaku sedikit kesesakan terutama di kawasan lebuh raya ekoran perantau yang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri akan kembali ke ibu kota pada hari terakhir cuti hari ini.
Menurut Mohd Mahiri, seramai 395 anggota dan pegawai telah ditempatkan di lokasi “hotspot' bagi memastikan kelancaran trafik.
Bagi mengelak kemalangan pemandu dinasihatkan supaya berhenti di Kawasan Rehat Dan Rawat (RnR), berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 08 2022

Sepanjang tempoh terbabit sebanyak 17,004 saman dikeluarkan terhadap pengguna atas pelbagai kesalahan. - Foto Astro AWANI

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.

Op Selamat: Lapan kematian dicatatkan di Johor
Sebanyak lapan kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam, sempena Tahun Bahru Cina 2024 yang dilaksanakan di Johor.

Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari
Sebanyak 4,764 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.

12,407 kemalangan direkod sepanjang Op Selamat 20/2023 - KPN
Kemalangan maut pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus iaitu 140 kes pada Op Selamat kali ini berbanding Op Selamat tahun lepas iaitu 139 kes.

1,030 kemalangan direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat
Sebanyak 1,030 kemalangan jalan raya direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat ke-20 yang bermula 20 hingga 27 April lepas.

Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul anggota polis bertugas Op Selamat
Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.

Jangan leka layari media sosial ketika memandu - PDRM
Semua pemandu dinasihatkan agar tidak terus leka menggunakan alat peranti atau bermain media sosial ketika sedang melakukan pemanduan.