KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan Op Selamat ke-18 sempena Aidilfitri bertujuan mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran aliran trafik, bukannya menumpukan untuk menahan individu yang memiliki banyak saman atau waran tangkap.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata tindakan terbabit tidak akan diambil sepanjang tempoh Op Selamat dilaksanakan kerana pihaknya mahu memastikan pengguna dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.
"Kami ingin menegaskan bahawa menahan dan menangkap bukanlah matlamat JSPT sepanjang Op Selamat kali ini.
"Polis sebenarnya ada banyak kaedah untuk menahan pesalah tetapi pada masa yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata pihaknya juga turut menggunakan alat pengesan had laju In-Car Radar dan iCOPS sepanjang Op Selamat bagi mengesan pesalah trafik yang memiliki saman tertunggak serta waran tangkap.
"Kami ingin nasihatkan pengguna supaya berhati-hati di jalan raya agar selamat sampai ke destinasi yang dituju kerana dijangkakan esok (29 April) kenderaan akan mula bertambah di jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
MAT KASIM: Kami ingin menegaskan bahawa menahan dan menangkap bukanlah matlamat JSPT sepanjang Op Selamat kali ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Mat Kasim bersara selepas 35 tahun perkhidmatan dalam PDRM
Selepas 35 tahun menabur khidmat kepada PDRM, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim bersara hari ini.
Mohd Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT - Ayob Khan
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai Pemangku Pengarah JSPT.
Op Selamat 19: 1,591 kemalangan direkod pada hari kelapan
Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,891 kenderaan.
Lebih 1,400 kemalangan hari kelima Op Selamat 19
Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, semalam.
Op Selamat 19: 18 kemalangan maut, 22 kematian hari ketiga
JSPT menasihatkan agar semua pengguna jalan raya untuk kekal berhati-hati dan berhemah agar risiko kemalangan dapat dielakkan.
Polis tumpaskan 6 siri pertaruhan lumba haram babit 'wang besar'
Polis menumpaskan enam siri pertaruhan perlumbaan haram melibatkan nilai RM214,800 sejak 2018 hingga 2021.
Op Selamat: Polis tidak fokus tahan individu banyak saman, waran tangkap - JSPT
Pihaknya mahu memastikan pengguna dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.
Tetamu rentas negeri tanpa kebenaran, tuan rumah diheret ke balai - Polis Melaka
Polis Melaka tidak teragak-agak mengheret pemilik kediaman ke balai polis sekiranya didapati menerima tetamu yang melakukan perjalanan rentas sempadan negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya Aidilfitri.
Kes pembunuhan tragis dua beranak: Beri ruang pihak polis selesaikan siasatan
Selain lokasi penemuan kedua-dua kepala dua beranak itu, identiti kedua-dua mangsa juga masih belum dapat disahkan susulan khuatir ia mampu menganggu proses siasatan.