Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihak bank juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap pegawai mereka yang menerima rasuah kerana meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
“Kerjasama kami dengan pihak bank dijalankan di mana pihak bank ini telah mendedahkan siasatan dalaman.
"Setakat pada Rabu, kita dapat tahu tiga pegawai bank telah direhat atau dilucut jawatan daripada pekerjaan mereka kerana disyaki terlibat dalam kelulusan pinjaman berkenaan yang tidak mengikut prosedur.
“Saya menyeru pihak bank pada masa akan datang untuk lebih serius melihat kepada karenah atau perangai pegawai bank yang tidak bermoral ini,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Sebelum ini, Azam berkata, seramai 18 individu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan.
Beliau tidak menafikan sekurang-kurangnya RM700 juta pinjaman diluluskan dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah serta pengubahan wang haram.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)