Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi tamat untuk hari ini sebelum disambung esok.
Menurut laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), empat kapal terbang digunakan untuk meliputi kawasan seluas 23,000 kilometer persegi, 2500 kilometer daya barat Perth.
Dua pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion dan Hercules, kapal P8 Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand Orion digunakan dalam misi ini.
AMSA juga melaporkan bahawa cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi
Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
Syafique Shuib
Thu Mar 20 2014

Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Dunia menangis lagi #MengenangQZ8501
Hari ini dunia menangis lagi, serpihan dan jasad penumpang pesawat AirAsia Indonesia #QZ8501 ditemui selepas hilang sejak Ahad 28 Disember.

MH370: Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini?
Lebih dua minggu telah berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pelbagai teori telah dibangkitkan.

MH370: Kerajaan siasat kekecohan sidang media di Beijing
Ahli keluarga penumpang rakyat China pesawat Malaysia Airlines MH370 mahu kerajaan Malaysia berterus terang bersama mereka.

MH370: Transkrip komunikasi, tiada yang pelik seperti didakwa
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menegaskan laporan The Telegraph tidak tepat.

#MH370 bukan lagi tajuk utama di garis masa media sosial - penganalisis
Walaupun ramai masih bersimpati namun perbincangan di media sosial pada minggu kedua sudah mula kembali seperti biasa.

MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung.

Operasi AMSA diteruskan pada Jumaat, cuaca menjejaskan pencarian objek
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi disambung esok.

MH370: Bekas kapten ulas sistem ping, mahu Rolls Royce beri kepastian
Bekas ketua juruterbang tidak pasti jika sistem 'ping' boleh mengesan plot, lokasi, hala tuju, ketinggian, dan kelajuan sebuah pesawat.

MH370: Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan Hindi
Peralatan canggih milik Amerika Syarikat mampu mencari kapal selam musuh dan logam yang besar di bawah laut.

MH370: Berdasarkan maklumat, pesawat sepatutnya berada dalam radius tertentu
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) boleh mencari kawasan tertentu dengan maklumat yang telah dikumpul.