KUANTAN:Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata kesemua anggota PGA berkenaan akan digerakkan secara berperingkat mengikut situasi semasa banjir.
“Selain itu, anggota Pasukan Polis Marin, Pasukan Unit Udara dan Pasukan Simpanan Persekutuan juga telah dimaklumkan perkara berkenaan untuk bersiap siaga.
“Kami akan gerakkan kesemua pasukan berkenaan pada bila-bila masa dan mereka telah berada di kontinjen negeri masing-masing seperti di Pahang, Kelantan dan Johor,” katanya kepada Bernama sempena lawatan kerja beliau di Kem Galing, PGA Briged Tenggara dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini, semalam.
Selain itu, Abd Rahim berkata pihaknya telah mengatur gerak aset-aset seperti bot dan lori di Kem Galing, PGA Briged Tenggara untuk meninjau kawasan banjir terjejas teruk.
Diminta mengulas mengenai situasi terkini banjir di Pahang, Abd Rahim berkata keadaan banjir di negeri itu telah menjejaskan keseluruhan sembilan daerah kecuali di Cameron Highlands.
“Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Pahang (Datuk Seri Abd Jalil Hassan) dan Ketua Polis Daerah Kuantan (ACP Mohamad Noor Yusof Ali) yang memaklumkan terdapat kira-kira 26,000 mangsa banjir sejak pagi tadi telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang.
“Ini bermakna mangsa banjir di Pahang akan terus meningkat dari semasa ke semasa dan pihak polis Pahang sedang giat memindahkan mangsa banjir ke PPS, selain memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata JKDNKA merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam operasi banjir antaranya memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat dan mencegah sebarang kecurian harta benda milik mangsa banjir sewaktu mereka meninggalkan rumah.
“Tugas JKDNKA adalah memastikan tiada kehilangan harta benda mahupan kehilangan nyawa melibatkan mangsa banjir dalam tempoh ini.
“Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan Ketua Polis Pahang untuk menutup setiap kawasan banjir terjejas teruk dan melarang sebarang kenderaan meredah kawasan banjir yang dalam untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya.
Abd Rahim berkata beliau berpuas hati dengan tindakan kontinjen polis Pahang yang mengatur penugasan operasi banjir dengan baik.
“Ini sekali gus dapat meningkatkan keyakinan kepada masyarakat yang berdepan dengan musibah bencana ini bahawa polis tangani banjir dengan lancar dan terkawal,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021

Abd Rahim membuat tinjauan udara di kawasan terjejas yang dilanda banjir di sekitar Lanchang, 7 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.