Operasi besar-besaran menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) dan orang tempatan yang terlibat dalam kegiatan penerokaan tanah haram di Cameron Highlands akan digerakkan dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata operasi itu akan melibatkan semua agensi berkaitan termasuk Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sebanyak 4,500 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang dikenal pasti bekerja di Cameron Highlands turut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan," katanya.
Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di Parlimen di sini pada hari Selasa.
Tambah beliau, wakil UNHCR telah berjumpa dengannya dan memaklumkan bahawa pemegang kad UNHCR tidak kebal daripada undang-undang.
"Kita mendapati terdapat juga pelarian Rohingya yang menggunakan kad UNHCR itu sewenang-wenangnya untuk bekerja," jelasnya.
Dua hari lepas, 181 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan dalam 'Ops Gempak dan Mesra' Jabatan Imigresen di tujuh lokasi berasingan sekitar Cameron Highlands.
Dilapor, siasatan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja berkenaan yang berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lantaran itu, agensi-agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket terlibat yang dipercayai menawarkan pelbagai pekerjaan bagi menipu pekerja asing.
Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands Rabu lepas, lima mangsa termasuk warga asing terkorban manakala lima lagi cedera.
Bernama
Wed Nov 12 2014
SHAHIDAN: Operasi gempur PATI dan orang tempatan teroka tanah haram di Cameron Highlands. - Gambar fail
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM
Keterangan beberapa saksi sedang diambil sebelum pihaknya memanggil Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu.
Menteri Islam British letak jawatan ekoran polisi Gaza
Menteri Islam pertama Kabinet British meletak jawatan ekoran polisi kerajaan berhubung situasi di Gaza