KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 pada waktu puncak melibatkan 16 lokasi di sekitar ibu negara selama dua minggu bermula Jumaat ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata operasi bersepadu siri kedua itu dilaksanakan susulan maklum balas positif orang ramai sebelum ini terhadap kepatuhan peraturan jalan raya pada siri pertama bermula 1 hingga 31 Julai lalu.
"Seperti mana (yang) saya selalu nyatakan selain daripada kita mahu Kuala Lumpur ini selamat, kita juga mahu mereka patuh kepada peraturan seperti parkir, lampu isyarat, isyarat lalu lintas dan sebagainya.
"Jadi, itulah objektif kita supaya kehidupan di Kuala Lumpur ini lebih teratur dan tiada halangan atau pun sekatan khususnya pada waktu puncak," katanya pada sidang media mengenai operasi itu, di sini, hari ini.
Allaudeen berkata pelaksanaan operasi kedua ini melibatkan 16 persimpangan, antaranya, Persimpangan Jalan Tun Razak / Jalan Ampang, Persimpangan Jalan Tun Razak / Jalan Semarak, Persimpangan Jalan Raja Laut / Jalan Sultan Ismail, Persimpangan Jalan Bukit Bintang / Jalan Raja Chulan dan Persimpangan Jalan Imbi / Jalan Sultan Ismail.
Katanya, selain polis, operasi bersepadu itu turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar dengan kekuatan 1,000 anggota dan pegawai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata operasi bersepadu siri kedua itu dilaksanakan susulan maklum balas positif orang ramai sebelum ini terhadap kepatuhan peraturan jalan raya pada siri pertama bermula 1 hingga 31 Julai lalu. - Foto Facebook Polis KL

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Polis tangkap 11 individu, keluar 5,953 saman
Antara kesalahan yang dikenakan tindakan ialah meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki atau di garisan putih.

Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 di KL bermula Jumaat ini - Polis
Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 pada waktu puncak melibatkan 16 lokasi di sekitar ibu negara selama dua minggu bermula Jumaat ini.