TAIPING:Penamatan operasi kilang pengeluaran tayar, Silverstone Malaysia Bhd (SSM) pada Jun ini dijangka memberi kesan kepada kira-kira 700 pekerjanya.
Difahamkan kesemua pekerja anak syarikat milik penuh Toyo Tire Corporation (TTC) itu terdiri daripada warga tempatan.
Bagaimanapun, pihak pengurusan akan membayar pampasan berdasarkan perjanjian bersama (CA) di samping memenuhi tanggungjawab di bawah undang-undang berkaitan.
Difahamkan, Jabatan Sumber Manusia dan wakil pengurusan kilang juga sudah mengedarkan notis kepada pekerja kilang berkenaan semalam.
Notis itu antara lain memaklumkan kepada semua pekerja situasi semasa dan masa depan Silverstone Berhad.
Menurut notis itu, satu sesi pertemuan antara pihak sumber manusia dengan pekerja akan diadakan bagi memberi penjelasan lebih terperinci dan menjawab sebarang pertanyaan dari pekerja sambil memaklumkan kebajikan pekerja tetap menjadi keutamaan syarikat.
Sebelum ini SSM yang dibuka sejak kira-kira 30 tahun lalu, dianggarkan mempunyai kakitangan sehingga 1,200 orang tetapi sebahagian daripada mereka telah diserapkan ke Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd (TTM).
Terdahulu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu, berkata selepas penamatan operasi pengeluaran tayar Silverstone di Kamunting, Taiping, kumpulan itu seterusnya akan membubarkan SSM.
Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira persekitaran operasi, kedudukan kilang dalam strategi globalnya serta keupayaan pengeluaran.
"Toyo Tire telah sampai pada kesimpulan bahawa penutupan kilang itu tidak dapat dielakkan.
"Prosedur pembubaran akan dimulakan pada 31 Disember 2021 (dirancang) dan akan mengikuti prosedur yang diperlukan sesuai dengan peraturan dan undang-undang tempatan," katanya dalam satu makluman di laman web Toyo Tire.
Shimizu berkata, SSM mengeluarkan tayar untuk kenderaan baharu dan tayar jenama Silverstone untuk penggunaan selepas pasaran, terutamanya untuk pengeluar kenderaan di Malaysia, serta tayar jenama tertentu Toyo Tires tertentu.
Beliau berkata, kumpulan turut mengendalikan sebuah lagi anak syarikat pembuatan di Malaysia, Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd (TTM) yang menghasilkan tayar jenama Toyo Tire.
TTM katanya berfungsi sebagai hab global, membekalkan tayar bukan sahaja ke Asia Tenggara, tetapi juga ke pasaran global lain termasuk Amerika Utara, Eropah, dan Jepun.
Pengeluaran produk jenama Silverstone tertentu sebelum ini yang dihasilkan di SSM akan dipindahkan ke TTM.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 17 2021

Pihak pengurusan akan membayar pampasan berdasarkan perjanjian bersama (CA) di samping memenuhi tanggingjawab di bawah undang-undang berkaitan. - Foto Silverstone Malaysia
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.