OPERASI mencari dan menyelamat secara besar-besaran sedang dijalankan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan 'pendaratan kecemasan' di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.
Penduduk tempatan dilaporkan mendengan "bunyi" di wilayah itu tidak lama selepas itu, menurut koresponden IRNA.
"Lebih daripada 20 pasukan mencari dan menyelamat yang lengkap, termasuk dron dan anjing pengesan, telah dihantar ke kawasan kejadian. Angkatan Tentera Iran juga telah mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi pencarian," lapor agensi itu di X (dahulunya Twitter).
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan lereng dan muka buminya yang berceranggah dan keadaan cuaca yang buruk, terutamanya kabus tebal di kawasan itu, katanya.
Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Iran, Babak Yektaparast, memberitahu IRNA bahawa lapan ambulans dengan pasukan perubatan kecemasan terdiri daripada juruteknik dan doktor telah dihantar ke kawasan itu.
Beliau berkata sebuah helikopter kecemasan yang dihantar untuk membantu terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal yang menghalangnya daripada mendarat di kawasan berkenaan.
Terdahulu, IRNA melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi, memberitahu televisyen negara Iran bahawa disebabkan oleh keadaan cuaca yang sukar, pasukan mencari dan menyelamat mungkin memerlukan masa untuk sampai ke lokasi nahas.
Beliau menzahirkan harapan agar pasukan itu akan segera sampai ke lokasi dan dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.

Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.

Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington
Sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.

Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.

Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.

Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.