Penyedia perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride telah memberhentikan operasinya menghantar penumpang sejak petang tadi susulan amaran daripada Kementerian Pengangkutan untuk menghentikan perkhidmatan itu.
Namun, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata perkhidmatan penghantaran barang masih diteruskan.
"Operasi Dego Ride telah dihentikan untuk seketika. Kami telah memberitahu semua 'rider' kami sekitar 5.30 petang kerana kami tidak mahu penunggang melanggar undang-undang, susulan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan."
"Walau bagaimanapun, ada segelintir (penunggang) ditangkap kerana platform kami turut digunakan untuk buat tempahan penghantaran barangan di Lembah Klang."
"Justeru itu, kami tidak boleh tutup platform tersebut secara sepenuhnya," kata Nabil di Hari Ini 8.
BACA: Dego Ride: Tiga disaman JPJ
BACA: SPAD tiada kuasa kekang Dego Ride
Kementerian Pengangkutan sebelum ini berkata bersedia untuk berjumpa dengan pihak Dego Ride bagi membincangkan perkhidmatan dan operasi syarikat tersebut.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.
Tambah Nabil, dia telah melakukan langkah pertama berjumpa dengan Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron hari ini susulan tiga pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan menerusi Dego Ride disaman.
Selain itu, Nabil berkata akan terus berhubung dengan pihak berkepentingan untuk menyelesaikan isu-isu yang tercetus daripada perkhidmatan teksi motosikal seperti aspek keselamatan dan perlindungan insurans kepada penumpang.
"Perkhidmatan kami sama seperti Grab and Uber dari segi model bisnes. Dari segi insurans, kita perlu ke pihak kerajaan dahulu. Perkara ini perlu dibawa ke kabinet di mana kenderaan motosikal perlu disenaraikan sebagai kenderaan komersial."
"Selepas undang-undang diperkenalkan, syarikat insurans boleh keluarkan insurans yang sebetulnya. Kita akan melakukan langkah-langkah tersebut dalam tempoh yang akan datang," kata Nabil.
Cynthia Ng
Tue Feb 14 2017

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Dego Ride Nabil Feisal Bamadhaj berkata perkhidmatan penghantaran barang masih diteruskan.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara
Penyedia perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride memberhentikan operasinya menghantar penumpang sejak petang tadi susulan amaran daripada Kementerian Pengangkutan.

Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.