IPOH: Misi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Lubuk Gelap, Simpang 4, Tanjung Malim yang masuk hari ketiga hari ini masih menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan pukul 6.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok.
"Kawasan pencarian diluaskan sepanjang lima kilometer dan kaedah river downstream,surface searching, tensionel diagener, stream searching serta selaman telah dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat termasuk bantuan dari unit K9 yang mana telah melakukan pencarian di lubuk-lubuk sepanjang ke jambatan besi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya operasi pencarian juga melibatkan dua rafting boat dan wheely bagi mengesan mangsa yang berasal dari Sarawak itu.
Terdahulu, Sabarozi berkata mangsa Edward Grang Jenggut ke lokasi tersebut untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah minggu lepas dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.
Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok. - JBPM Perak
Pusingan kerja kaunter mampu elak isu integriti - Saifuddin
Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan melebihi lima tahun mampu menangani masalah integriti.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Penjawat awam ‘kantoi’ buat tuntutan palsu saudara baharu
Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi agama di Perlis, ditahan SPRM Perlis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM132,000.
Kementerian Komunikasi perkenal 'ChatBox' untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi 'ChatBox' dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
32 individu cedera dalam kejadian letupan kilang kimia di Klang
Individu yang tercedera berusia di antara 20 dan 40 tahun, dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR masuk saluran kumbahan cari mangsa
Dua unit penyelam dikerah memasuki jajaran terowong kumbahan kerana dipercayai mangsa berkemungkinan dibawa arus ke saluran tersebut.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba
Misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok.
Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.
Nasib pendaki di Gunung Leuser belum diketahui kerana terputus hubungan
Nasib kesemua 13 pendaki Malaysia yang terperangkap di Gunung Leuser di Aceh termasuk seorang yang diserang hipotermia masih belum diketahui sehingga sekarang.
Rumusan mesyuarat tiga pihak dibawa ke peringkat menteri
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata mesyuarat peringkat menteri itu dijangka diadakan di Malaysia berkemungkinan bulan depan.
Pasukan SAR diminta waspada ancaman buaya - Polis
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata perairan Lingga hingga Pulau Seduku, Batang Lupar terkenal dengan buaya.
ATM kerah tiga cabang perkhidmatan sertai misi mencari helikopter
Panglima Tentera Darat berkata aset dikerahkan termasuk pesawat udara 'Beechcraft' bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.
Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak dijumpai - Najib
Serpihan itu termasuk sebuah pelambung, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian bilah kipas dan sebahagian dinding pesawat.