LIPIS: Polis giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang warga emas Orang Asli yang dilaporkan hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Mukim Jelai dekat sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Bah Mail Pak Gendet, 76, dipercayai keluar dari rumahnya pada jam 8 pagi Ahad lalu untuk mencari hasil hutan namun masih tidak pulang sehingga hari ini.
“Seorang penduduk kampung yang juga pengadu, Karim Andong, 51, serta jiran mangsa telah keluar mencari di sekitar kampung dan kawasan hutan berdekatan sekitar jam 7.45 petang (Ahad) setelah menyedari mangsa tidak pulang namun masih gagal menemuinya.
“Susulan kejadian ini, pengadu telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan pada jam 4.14 petang, hari Isnin kerana bimbang keselamatan mangsa yang juga menghidap penyakit darah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, tindakan awal anggota polis ialah dengan melakukan operasi SAR bersama orang kampung bagi menjejaki mangsa di sekitar tempat kejadian.
“Operasi SAR masuk hari kedua namun mangsa masih belum dijumpai dan usaha mencari akan diteruskan dengan bantuan orang orang kampung.
“Oleh kerana keadaan gelap hari ini, operasi SAR ditangguhkan dan akan bersambung esok (Rabu),” katanya.
Menurut Azli, operasi SAR turut disertai oleh 14 pegawai dan anggota polis serta dibantu oleh penduduk kampung seramai 60 orang dengan kaedah pencarian lebih kepada berjalan kaki.
“Kawasan operasi mencari mangsa merupakan kawasan hutan dan kebun getah berbukit di kawasan perkampungan Orang Asli,” katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Tue Jul 11 2023
![Operasi SAR Orang Asli hilang di hutan Operasi SAR Orang Asli hilang di hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689123217_hilang.jpg)
Anggota polis bersama penduduk melakukan operasi mencari dan menyelamat warga emas yang hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Lipis. Foto kecil Bah Mail. - Foto IPD Lipis
![Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738834308_MohamadHasan.jpg)
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.
![ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824440_MohamadHasan.jpg)
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
![Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738662819_Sweesehwah.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
![Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738579950_garisanpolispolic.jpg)
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
![Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738555120_TBbunuh.jpg)
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
![Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738486526_tbkebakaranbengkel.jpg)
Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel
Seorang lelaki warga emas mengalami melecur di bahagian belakang badan dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Kampung Lahar Ikan Mati, di sini pagi tadi.
![Pakcu Hassan berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit Pakcu Hassan berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738229262_MachangPakcikTua.jpg)
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
![Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738154938_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
![Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738114928_Rumahdikelilingi.jpg)
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
![Suspek ragut wanita warga emas diberkas Suspek ragut wanita warga emas diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738059903_YusharifuddinMohdY.jpg)
Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.
![Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736347650_PolisDirajaMalaysia.jpg)
Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.
![Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611740634_komunikasi.jpg)
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.