Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis dan seorang suspek yang terjatuh dalam Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau di sini, Jumaat lepas yang dihentikan pada 6.15 petang tadi diteruskan pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharuddin Abdullah berkata operasi yang diperluaskan kepada 10km semalam berbanding lima kilometer pada Sabtu dihentikan berikutan cuaca gelap dan hujan lebat yang menyukarkan pencarian.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata operasi yang bermula 8 pagi Ahad melibatkan 99 pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan bantuan dua anjing pengesan dari Unit K9 JBPM Putrajaya.
Dalam kejadian 8.30 malam pada Jumaat, Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai itu ketika mengejar suspek yang hanya dikenali sebagai Zam Ayam yang terlibat dalam kes samun di Paka pada awal bulan ini.
BACA: Operasi SAR polis, suspek dikhuatiri lemas diteruskan pagi ini
BACA: Polis, penjenayah hilang dalam arus deras
Sementara itu, kakak anggota polis tersebut, Suraya, 32, berkata kali terakhir beliau bertemu adiknya pada akhir bulan lalu ketika pulang bercuti di rumah ibu mereka di Padang Embun dekat Pasir Mas, Kelantan.
"Wan Mohd Arif nampak gembira sebab dapat berjumpa ibu kami, Wan Yah Wan Yaakub, 52, yang menghidap penyakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.
"Sebelum pulang ke Dungun, dia memeluk dan mencium saya bersungguh-sungguh... memang saya terkejut sebab dah lama dia tak bermanja seperti itu, siapa sangka itulah antara kenangan saya bersamanya sebelum menerima khabar sedih ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018

Ahli keluarga Wan Mohd Arif turut dibawa ke lokasi kejadian ketika operasi mencari dan menyelamat anggota polis itu dan seorang suspek yang dikhuatiri lemas di Sungai Paka, berhampiran Kampung Durian Mentangau, Dungun, 10 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Dua maut bas persiaran terbabas di LPT2
Bas yang membawa 30 penumpang itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

Operasi SAR polis dan suspek terjatuh Sungai Paka disambung
Operasi yang diperluaskan kepada 10km hari ini berbanding lima kilometer semalam dihentikan berikutan cuaca gelap dan hujan lebat yang menyukarkan pencarian.

Pelajar tingkatan tiga maut diseret lori
Seorang pelajar tingkatan tiga maut diseret sejauh 20 meter dalam nahas jalan raya di Jalan Gong Pasir, petang semalam.