IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini yang masuk hari kelapan semalam, dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah letupan terkawal.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kaedah itu dilakukan bagi membersihkan laluan yang terhalang oleh bongkah batu besar, bagi mengesan kedudukan sebenar dua mangsa berkenaan.
"Operasi SAR masih giat dijalankan di lokasi kejadian, dengan dipantau ketat oleh pakar cerun daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Sementara itu, Mior Faridalathrash berkata pihaknya telah memberi bantuan kebajikan yang sewajarnya kepada waris kedua-dua mangsa, termasuklah mengadakan lawatan prihatin dan sumbangan bekalan makanan kering melalui Skuad Aman Wanita (Amanita) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
"Pihak polis juga memaklumkan perkembangan operasi SAR kepada waris kedua-dua mangsa dari semasa ke semasa," katanya.
BACA: Runtuhan kuari: Pasukan penyelamat akan guna alat pengesan logam, kesan bangkai jengkaut
BACA: Runtuhan kuari: Operasi kesan, keluarkan 2 mangsa dijangka ambil masa lebih seminggu lagi
BACA: Runtuhan kuari: Berlaku runtuhan kecil, kerja pengalihan batu dihenti sementara
BACA: Runtuhan kuari: Penyelamat letup batu besar cari 2 mangsa tertimbus
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada orang awam agar tidak menyebarkan maklumat atau fakta yang tidak benar mengenai operasi SAR, dengan cara menularkannya di media sosial sehingga menjejaskan operasi berkenaan, mahu pun menyinggung perasaan waris kedua-dua mangsa dalam kejadian ini.
Kejadian pada 9.15 pagi Selasa lepas itu menyebabkan dua lelaki dipercayai tertimbus iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki dan Pan Tam, 38, cedera ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Operasi mencari dan menyelamat dua pekerja yang dikhuatiri tertimbus masih diteruskan dengan letupan pada bongkah batu di lokasi runtuhan kuari Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 15 Mac 2022. --fotoBERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar
Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berjaya dibawa keluar dari lokasi.

Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan
Pasukan penyelamat hari ini menemui sebuah lagi bangkai jengkaut dalam operasi mencari mangsa terakhir yang terlibat dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai.

Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa
Bomba akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mencari seorang lagi pekerja kuari yang dikhuatiri masih tertimbus di tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.

Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus
Universiti Teknologi Petronas guna peralatan khas yang boleh mengesan jentera jengkaut pada kedudukan yang sukar.

Runtuhan kuari: Letupan kecil untuk pecah batu
Operasi hari ke-13 mencari mangsa masih diteruskan dengan membuat pemantauan bagi kerja-kerja pengalihan batu.

Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.

Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa
Saarani menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri mengabaikan bantuan kebajikan kepada keluarga dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari.

Runtuhan kuari: 'Menantu saya orang baik'
Dia bersama anaknya, Wak Uda Bah Kim yang juga isteri kepada mangsa setiap hari akan ke lokasi kejadian bagi menantikan perkembangan terkini operasi SAR Itam.

Operasi SAR runtuhan kuari guna kaedah letupan terkawal - Ketua Polis Perak
Ia bagi membersihkan laluan yang terhalang oleh bongkah batu besar, bagi mengesan kedudukan sebenar dua mangsa berkenaan.