MERSING: Operasi Carilamat bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, tengah hari semalam, ditangguhkan petang ini.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata operasi berkenaan yang bermula 7 pagi tadi ditangguhkan sehingga 6.30 petang ini berikutan tiada petunjuk baharu serta keadaan cuaca menyebabkan penglihatan terhad.
Beliau berkata agensi terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Gerup Gerak Khas (GGK) Kem Iskandar Mersing, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Perikanan.
"Pada operasi hari ini, kita fokuskan pencarian melalui selaman membabitkan tujuh penyelam daripada JBPM dan 14 daripada GGK, namun esok kita akan fokus dengan aset yang ada.
"Bagaimanapun, kita memang ada aset sepanjang masa di tengah laut di sekitar perairan Mersing yang membantu operasi dan menyelamat secara berterusan," katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Khairul Nizam berkata beliau difahamkan tiga penyelam terbabit tidak mempunyai lampu yang menyukarkan lagi penemuan terutama pada waktu malam.
"Saya mendapat maklumat daripada penyelam yang terselamat tadi (Kristine Grodem), mereka tidak mempunyai lampu atau pun beacon, oleh itu kemungkinan untuk kita lihat pada waktu malam agak rendah, " katanya.
Terdahulu, Grodem, 35, warga Norway, ditemukan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi ini.
Usaha untuk mencari baki tiga lagi mangsa iaitu Alexia Alexandra (18, warga Perancis); Adrian Peter (46, warga British) dan anaknya, Nathen Renze (14, warga Belanda), disambung pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Usaha untuk mencari baki tiga lagi mangsa iaitu Alexia Alexandra (18, warga Perancis); Adrian Peter (46, warga British) dan anaknya, Nathen Renze (14, warga Belanda), disambung pagi esok. - Gambar/ Maritim Malaysia

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.

Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.

Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.

Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.

Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.

Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.

Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.

Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.

Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.

Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.