MELAKA: Operator Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitasi Sungai Udang, dikompaun RM10,000 pada 15 Feb lepas kerana melepaskan air kotor dari kolam sisa air sampah ke Sungai Ayer Batu di sini, pada 12 Ogos tahun lepas.
Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron berkata, perbuatan melepaskan bahan buangan ke dalam sumber air itu, menyebabkan aktiviti pertanian pelbagai tanaman kontan dan sawah padi, melibatkan kawasan seluas 1,500 hektar di Paya Rumput dan Bukit Rambai terjejas.
Beliau berkata keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.
"Hampir 60 peratus kawasan pertanian di dua lokasi tersebut tercemar dengan air sungai berwarna coklat dan berbau busuk, serta menyebabkan tanaman yang menggunakan air dari sungai berkenaan mati.
"Ia merupakan satu kesalahan serius kerana pencemaran melibatkan sumber air, isu keselamatan dan kesihatan air, dan tindakan diambil di bawah Seksyen 39(a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 oleh Badan Kawal Selia Air (BKSA)," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah BKSA negeri, Faizah Abdul Rahman @ Sulaiman.
Idris berkata operator berkenaan adalah operator baharu yang dilantik kira-kira setahun lepas untuk mengurus tapak pelupusan berkenaan, yang telah beroperasi sejak sembilan tahun lepas.
Beliau sekiranya operator berkenaan mengulangi kesalahan sama, kompaun maksimum akan dikenakan iaitu sebanyak RM125,000 atau RM1,000 sehari, sepanjang pencemaran berkenaan berlaku.
Katanya kerajaan negeri telah mewartakan 103 sungai di negeri itu sebagai kawasan punca air dan kawasan pembekalan air pada 19 Julai 2012, bagi memastikan sumber air negeri tidak tercemar, dijaga dengan baik dan bersih.
Sehingga hari ini, sebanyak 193 syarikat yang menggunakan air mentah di Melaka selain Syarikat Air Melaka Berhad, telah diberi lesen untuk pelbagai tujuan termasuk perindutrian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Idris berkata, hampir 60 peratus kawasan pertanian di dua lokasi tersebut tercemar dengan air sungai berwarna coklat dan berbau busuk. - Bernama

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.

Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.