SHAH ALAM: Halangan secara fizikal dan provokasi daripada pihak tertentu termasuk kumpulan gangster yang bertindak sebagai operator tapak pelupusan sampah haram, antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata selain itu kewujudan tonto di sekitar tapak sampah haram yang menyalurkan maklumat keberadaan kenderaan pihak berkuasa, menyukarkan tindakan dikenakan.
Ng berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi kekangan untuk mengambil tindakan ke atas individu terbabit kerana peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada terhad serta tertakluk hanya kepada pembuang sampah (lori sampah) dan tidak termasuk kepada operator yang menguruskan tapak sampah haram.
"Kuasa perundangan untuk dikenakan ke atas operator adalah tidak jelas dan amaun denda pada peruntukan UUK adalah tidak relevan. Selain itu, tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pengusaha sampah haram yang menggunakan tanah orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) yang ingin tahu halangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membasmi tapak sampah haram, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Ng berkata tapak sampah haram tersebut juga dijalankan di tanah milk persendirian yang tidak diuruskan dan dijaga dengan baik malah maklumat pemilik tanah seperti alamat surat-menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi juga sukar untuk diperoleh.
"Di samping itu, terdapat rumah ibadat yang telah didirikan dalam kawasan tapak pelupusan sampah haram dan menjadi isu keagamaan apabila tindakan penguatkuasaan dijalankan," katanya.
Selain itu, katanya tindakan penguatkuasaan secara bersepadu antara agensi kerajaan termasuk untuk mengenal pasti pemilik yang sah mengambil masa yang panjang di samping kekangan jumlah anggota bagi tujuan pemantauan, tindakan dan kuasa-kuasa PBT ke atas pemilik tanah atau kenderaan yang membawa sampah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Sze Han berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi kekangan untuk mengambil tindakan ke atas individu terbabit. - Gambar/ BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.

Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selangor rekod nilai dagangan RM639.2 bilion setakat September - Exco
Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.

SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.

SAP 2024 lahirkan 10 syarikat pemula niaga tempatan berpotensi global
Sebanyak 10 syarikat pemula niaga yang terpilih dalam Program Pemecut Selangor bakal mengukuhkan kedudukan mereka bersama syarikat lain dalam industri setelah berjaya menamatkan program itu.

Sentuhan Tengku Permaisuri Selangor warnai hari ketiga SIBS 2024 siri dua
Tengku Permaisuri Norashikin, mencuri perhatian pada hari ketiga Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua apabila berkenan menyempurnakan demonstrasi masakan.

SAS 2024 dorong wanita ceburi bidang penerbangan
Kehadiran program Women in Aviation Award, yang diadakan buat pertama kalinya bersama Selangor Aviation Show membuatkan Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 tampil unik dan istimewa.

Perkhidmatan DRT di Selangor tamat operasi berkuat kuasa hari ini
Menurut Ng, projek rintis berkenaan menerima maklum balas positif sepanjang tempoh lapan bulan pelaksanaannya.
![[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa [KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721740437_tbLapanganTerbangS.jpg)
[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa
Penganalisis industri berpandangan aeroangkasa akan terus menjadi antara sektor yang bakal berkembang pesat.

Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.