KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) setakat semalam.
JPJ di laman Facebook rasminya malam ini memaklumkan sepanjang tempoh itu sebanyak 4.7 juta kenderaan telah dikesan dan direkodkan melalui kamera AwAS di lebuh raya di seluruh negara sepanjang tujuh hari operasi berkenaan dijalankan bermula 29 April.
Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 1.5 juta kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah
"Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AwAS ini merupakan antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.
Sekiranya disabitkan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987," menurut kenyataan itu.
JPJ-STATISTIK 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menurut kenyataan itu lagi, pengguna jalan raya yang melakukan kedua-dua kesalahan ini (melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah) juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan.
Sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.
Sebanyak 45 kamera AwAS telah beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.
JPJ menerusi kenyataan itu turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya seluruh negara untuk terus mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022

JPJ mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS). - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se