KUALA LUMPUR: Sekretariat Utama Ops Ihsan mengecam serangan udara terbaru Israel ke atas kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, yang dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin yang sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan makanan.
Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan Jismi Johari dalam kenyataan hari ini berkata pegawai kesihatan Palestin memaklumkan kejadian itu berlaku, ketika petugas dalam persiapan untuk memulakan proses pengagihan barangan asas termasuk pek makanan yang dihantar oleh Ops Ihsan.
"Walau bagaimanapun, tentera Israel dilihat enggan bertanggungjawab terhadap serangan itu," katanya.
Jismi berkata Sekretariat Induk Ops Ihsan dengan tegas mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu di saat rakyat Palestin sedang berusaha mendapatkan keperluan makanan demi kelangsungan hidup.
Beliau berkata konflik Gaza yang berlarutan selama lima bulan menyebabkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berebut ketika pengagihan bantuan makanan akibat kelaparan melampau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan Jismi Johari berkata pegawai kesihatan Palestin memaklumkan kejadian itu berlaku, ketika petugas dalam persiapan untuk memulakan proses pengagihan barangan asas. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sukarelawan kemanusiaan cedera dalam serangan Israel di Rafah
Serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.

Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.

Ops Ihsan kutuk serangan Israel ke atas penduduk Palestin di kem Al-Nuseirat, Gaza
Sekretariat Utama Ops Ihsan mengecam serangan udara terbaru Israel ke atas kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Ops Ihsan: 33,000 lagi pek makanan berjaya dihantar ke Gaza
Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

Ops Ihsan lancar kempen mega #PalestinMerdeka
Ia bersempena dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Palestin pada 29 Nov setiap tahun seperti yang ditetapkan PBB.

Misi bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza berlepas 17 Dis
Bantuan kemanusiaan itu akan membawa 60 tan barangan keperluan asas dengan kebanyakannya adalah barangan perubatan.

Penghantaran kedua barangan ke Gaza selamat berlepas pada 10.55 malam
Penerbangan kargo sewaan khas itu membawa muatan sebanyak 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi, pakaian dan makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.

Sekretariat Ops Ihsan rancang buka hospital lapangan di Al-Arish
Sekretariat Ops Ihsan sedang merancang untuk membuka hospital lapangan di Al-Arish bagi memberikan bantuan dan rawatan perubatan kepada semua mangsa yang terkesan akibat serangan rejim Israel.

Bantuan Ops Ihsan untuk Palestin tiba di Mesir
Pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, Mesir pagi ini.