Ops Kesan khas yang dilancarkan Polis Perak untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, pada Sabtu masih belum berjaya menemui sebarang petunjuk baharu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.
Ujarnya, tumpuan pencarian dikhususkan di kawasan paya, lombong tinggal dan anak sungai.
"Tak berakhir di sini saja, elemen-elemen lain akan masuk balik di kawasan ini dan kita akan kaji balik faktor geografi serta maklumat lain jika ada, kita tidak teragak-agak untuk mengumpulkan pegawai dan anggota.
"Setakat ini dah memadai dan mungkin kita akan tanda kawasan lain pula selepas ini, siasatan masih dijalankan sebagai orang hilang, pihak kami juga tidak menerima maklumat dari pihak tertentu menyatakan dia diculik atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas selesai Ops Kesan khas di Gua Tempurung, di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Yahya menambah, pihaknya tidak menerima sebarang rekod berkaitan binatang buas yang menjadi faktor kehilangan Mohammad Ashraf.
"Kita pun ada kaji benda itu kalau dari segi haiwan buas tiada rekod lagi, walaupun kita lihat ini kawasan hutan namun kita yakin ia selamat dan tiada ancaman binatang liar," katanya.
BACA: Keluarga yakin Mohammad Ashraf masih hidup
Aida Aziz
Sat Apr 13 2019

Semoga urusan pencarian Mohammad Ashraf yang dilakukan oleh pasukan anggota polis dan bomba yang terlibat dipermudahkan. - Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Selepas setahun hilang, usaha mencari Acap diteruskan - JBPM
Bomba harap akan jumpa petunjuk baharu berhubung kehilangan Acap ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Gopeng pada 23 Mac tahun lalu.

'Serpihan tulang bukan milik Acap'
Serpihan tulang manusia yang ditemui di Gua Kandu, Gopeng, bukan milik peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

'Insya-ALLAH, daddy balik nanti' - Isteri doa dapat beraya dengan Acap
Biarpun sudah 73 hari tiada khabar berita, Hamizah Mohd Ramli, 27, yakin suaminya akan pulang tidak lama lagi.

Acap masih dapat hak sebagai penjawat awam
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, setakat ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengekalkan haknya sebagai penjawat awam.

Operasi pencarian Mohammad Ashraf ditangguh sementara - Polis
Keputusan itu dibuat setelah tiada petunjuk baharu yang diperoleh pasukan penyelamat dan pasukan siasatan selepas 25 hari pencarian.

Tangguh operasi mencari, beri ruang penduduk kampung cari Acap
Keputusan itu dibuat untuk memenuhi permintaan serta memberi ruang buat penduduk kampung meneruskan usaha pencarian Acap dengan cara tersendiri.

Kehilangan Acap: Tiada petunjuk baharu - Bomba
Abdul Razak Muda berkata skop keluasan pencarian telah diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer.

Usaha mencari Acap perlu tepati syariat, tidak pohon dengan makhluk lain - Mufti Wilayah
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluangkan masa pada Selasa meninjau operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan.

Kehilangan Mohamad Ashraf tiada unsur khianat - Polis
Polis juga akan meneruskan operasi pencarian Sabtu ini di kawasan baharu yang belum dicari sebelum ini.

'Buntu, tapi tak putus asa' - Luahan si pencari Acap
Usaha masih menemui jalan buntu hingga mendorong misi mencari Mohammad Ashraf secara besar-besaran dilakukan di Gua Tempurung jam 8 pagi Sabtu ini.