KUALA NERUS: Empat restoran di negeri ini dikompaun keseluruhan RM1,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menerusi Ops Menu yang bermula 6 Nov lepas.
Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata kesemua premis di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Dungun itu antara 346 restoran dan kedai makan yang diperiksa di seluruh negeri menerusi operasi terbabit.
"Dua daripada restoran tersebut dikompaun kerana menggunakan timbangan yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan manakala dua lagi gagal meletak tanda harga pada menu makanan.
"Operasi ini menyasarkan restoran serta kedai makan yang menjual makanan sedia masak, makanan laut atau yang mengamalkan prinsip timbangan dalam mengenakan caj bayaran," katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi berkenaan di sebuah restoran di sini hari ini.
Saharuddin berkata pihaknya akan menggandakan pemantauan oleh 119 anggota penguat kuasa dan 59 pegawai pemantau harga di seluruh negeri sempena cuti sekolah bermula 11 Dis ini.
Beliau sehubungan itu memberi amaran kepada peniaga supaya tidak sewenang-wenang mengambil kesempatan menaikkan harga barang termasuk makanan terutama kepada pelancong luar.
"Jangan ambil kesempatan kepada pelancong kerana ia akan menjejaskan imej negeri dan memberi kesan kepada sektor ekonomi negeri dalam jangka panjang.
"Kepada pengguna pula, jika berlaku manipulasi harga sila laporkan secara rasmi kepada pihak kami (KPDNHEP) dan elakkan daripada menularkan menerusi media sosial," katanya sambil menggesa pengguna di negeri ini memanfaatkan aplikasi Price Catcher untuk membuat perbandingan harga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia meninjau harga makanan laut yang ditetapkan semasa melakukan Ops Menu di sebuah restoran di sini hari ini. - Foto BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

45 premis makanan dikenakan tindakan dalam Ops Menu
KPDNHEP telah mengambil tindakan terhadap 45 daripada 4,064 premis makanan yang diperiksa dalam Ops Menu di seluruh negara sejak 6 Nov hingga hari ini.

Ops Menu: Empat restoran di Terengganu dikompaun
Empat restoran di negeri ini dikompaun keseluruhan RM1,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menerusi Ops Menu yang bermula 6 Nov lepas.

Siakap harga empat angka: KPDNHEP rujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya
KPDNHEP akan merujuk kes peniaga restoran yang menjual ikan siakap lebih RM1,000 di Langkawi kepada Timbalan Pendakwa Raya.