PUTRAJAYA: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) menahan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia yang dijalankan di seluruh negara sepanjang Mac lepas.
Setiausaha Bahagian PK KDN Nik Yusaimi Yussof berkata kesemua warga tempatan berusia 30 hingga 50 itu ditahan di lokasi berasingan kerana dipercayai mengedar, menjual dan menjilid al-Quran di tempat yang tidak sepatutnya.
Beliau berkata sebanyak 1,082 premis diperiksa sepanjang Ops Mulia dengan sebuah syarikat percetakan di Seri Kembangan, Selangor dikesan melakukan kerja menjilid al-Quran tanpa kebenaran selain membenarkan ia dilakukan bukan Islam.
"Sekarang proses tindakan sedang diambil terhadap syarikat itu dan siasatan sedang berjalan. Dalam Ops Mulia ini, hanya satu syarikat dikesan menjilid al-Quran tanpa lesen.
"Kesemua al-Quran yang dirampas ini tidak mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN. Sebahagian al-Quran dirampas itu turut diperoleh menerusi advokasi Jom Exhange al-Quran anjuran KDN," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan al-Quran termahal berjumlah RM599 senaskah manakala bahan perhiasan pula adalah RM5,290.
Ditanya adakah penjualan al-Quran mempunyai kaitan dengan sindiket, beliau berkata aktiviti berkenaan bersifat individu kerana jenis al-Quran tidak sama.
"Ada bahan perhiasan yang dijual ini tidak mempunyai ayat al-Quran yang jelas dan merupakan satu bentuk kesalahan," katanya.
Nik Yusaimi berkata KDN komited untuk memastikan hanya teks Al-Quran yang sahih dalam pelbagai bentuk berada dalam kalangan komuniti.
Sehingga kini terdapat 965 jenis terbitan al-Quran yang diuluskan KDN sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar.
"Oleh itu, masyarakat diseru agar tidak memilih naskhah al-Quran yang tiada kelulusan dengan memastikan naskhah al-Quran berkenaan mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN," katanya.
Beliau berkata KDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti penjualan ataupun pengedaran al-Quran atau bahan ayat suci yang menyalahi Akta Percetakan Teks al-Quran (Pindaan 2023).
"Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli, memiliki, menerbitkan dan menjual teks atau bahan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN," katanya.
Beliau berkata pihak atau individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 (Pindaan 2023).
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan teks al-Quran termasuk hasil penerbitan tidak dingini dengan menghubungi KDN di talian 03-8000 8000 atau melalui laman sesawang KDN di www.moha.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Nik Yusaimi menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media mengenai penahanan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Ops Mulia: 164 individu ditahan, al-Quran dan bahan ayat suci berjumlah RM3.1 juta dirampas
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) menahan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta.