KUANTAN: Sembilan wanita termasuk remaja bawah umur antara 348 individu yang ditahan dalam 258 serbuan Op Tapis Khas SeMalaysia yang diadakan secara serentak di 11 daerah bermula 18 sehingga 20 April lalu.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua suspek ditahan berusia 16 hingga 67 tahun di 24 kawasan penagihan dadah di seluruh negeri ini.
Menurutnya, penahanan remaja berusia 16 tahun dilakukan ketika serbuan dilakukan di sebuah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Raub dan remaja terbabit dipercayai baru terlibat dalam aktiviti penagihan apabila disoal siasat.
"Dalam operasi kali ini, kita menahan seramai 375 individu terdiri daripada lelaki dan sembilan lagi adalah wanita. Daripada jumlah itu, kita berjaya menahan 56 individu yang merupakan tokan dadah dan 14 individu lagi adalah 'wanted person' (orang yang dikehendaki).
"Selain itu, seramai 56 individu lagi merupakan penagih tegar atau berulang dan tindakan diambil di bawah Seksyen 36c Akta Dadah Berbahaya (ADB) 19. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus meningkatkan pertuduhan di bawah Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman yang tinggi kepada penagih tegas dalam usaha mengasingkan mereka dari generasi muda dalam tempoh lebih lama supaya mereka tidak mempengaruhi generasi muda untuk menagih dadah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam Op Tapis Khas SeMalaysia di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, semalam.
Mohd Yusri menjelaskan, susulan daripada operasi terbabit, pihaknya telah merampas pelbagai jenis dadah dan air ketum yang dianggarkan bernilai RM42,462.
"Kita telah merampas 145.07 gram syabu, 124.43 heroin, 2320.04 gram ganja, 3.84 gram erimin 5, 98.92 gram pil yaba, 28.18 liter air ketum dan 400.7 gram daun ketum.
“Wang tunai berjumlah RM59,570, tujuh kenderaan keseluruhan bernilai RM138,500 dan barang kemas bernilai RM22,324 dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan adalah sebanyak RM262,856,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusri memaklumkan operasi yang dilaksanakan bukan hanya tertumpu di kawasan Felda, tetapi melibatkan tujuh jeti dan perkampungan nelayan di daerah Kuantan, Pekan serta Rompin.
Tambahnya, tindakan penguatkuasaan ini sekali gus melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Apr 21 2022

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri sedang menunjukkan lokasi operasi yang terlibat. - Foto ihsan polis

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Polis tahan 5,791 individu, rampas dadah dan kenderaan dianggar RM1.55 juta
Operasi membabitkan lebih 2,200 pegawai dan anggota jabatan itu turut merampas 128.3 kilogram serta lebih 16,000 liter pelbagai jenis dadah.

Polis Kelantan tahan suami isteri, rampas dua pistol
Polis merampas dua pistol dan menahan empat individu termasuk satu pasangan suami isteri dalam serbuan Ops Tapis Khas di Pasir Mas dan Tumpat, semalam.

318 penagih, pembekal dadah ditahan di Johor dalam tempoh 2 hari
Seramai 318 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah di Johor dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama dua hari, bermula 21 Jun.

Op Tapis Khas: Dadah bernilai lebih RM3.5 juta dirampas dalam tempoh tiga hari
Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur.