JOHOR BAHRU: Masyarakat Orang Asli kesal dengan tindakan Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) yang membantah cadangan menjadikan tanah mereka sebagai Tanah Kesultanan dengan melakukan demonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri pada 8 Mei lalu.
Wakil Tok Batin Kampung Orang Asli Kemidak, Hadi Baya berkata, tindakan JPOAJ itu tidak mewakili kira-kira 20,000 masyarakat Orang Asli yang terdapat di negeri ini.
"Hari ini, kami mewakili seluruh penduduk Orang Asli negeri Johor tampil menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Apa yang dilakukan JPOAJ bukanlah budaya kami dan dibimbangi memberi gambaran negatif di kalangan masyarakat.
"Mewakili seluruh penduduk Orang Asli negeri Johor dengan ini memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Johor atas apa yang jadi terjadi tempoh hari.
"Kami juga memohon untuk menghadap Tuanku bagi menyatakan kekesalan kami dan memohon keampunan dan menunjukkan sokongan kami kepada Tuanku Sultan Johor yang sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat Orang Asli Johor selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mereka akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan bagi pembangunan masyarakat Orang Asli melibatkan pendidikan, sosial ekonomi dan pembangunan.
Pada 16 Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah untuk mencadangkan tanah Orang Asli menjadi Tanah Kesultanan bagi mengelakkan dieksploitasi.
Bagaimanapun pada 8 Mei lalu, sekumpulan Orang Asli membantah cadangan itu dan menghantar memorandum bantahan berkaitan Tanah Kesultanan kepada kerajaan Johor di Pejabat Menteri Besar Johor di Iskandar Puteri.
Susulan itu, Pengerusi JPOAJ, Dolah Tekoi berkata, satu rundingan perlu diadakan segera antara pihaknya dengan kerajaan negeri berhubung cadangan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 26 2023

Pada 8 Mei lalu, sekumpulan Orang Asli menghantar memorandum bantahan berkaitan Tanah Kesultanan kepada kerajaan Johor di Pejabat Menteri Besar Johor di Iskandar Puteri. - Gambar fail/Sinar Harian
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.