Ketika melanjutkan pengajian di sebuah universiti terkemuka di selatan tanah air, Farid sering melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak.
Hampir setiap malam, tak kiralah pukul berapa, asal ada kesempatan mesti melepak.
Farid dengan kawan-kawannya pula sebenarnya ada 'hobi' pelik bila melepak - kacau orang gila.
Ada ketika apabila orang gila datang minta air, Farid akan campurkan air minuman dengan kicap, garam atau sos kemudian bagi pada orang gila itu.
Tak faham. Tapi mungkin itu caranya nak hilangkan tekanan sebagai seorang pelajar.
Empat tahun kemudian, selepas tamat pengajian, Farid kembali ke kedai mamak kegemarannya itu. Matanya liar mencari orang gila yang sering di'pedajal'kannya dahulu.
“Eh, mana orang gila yang selalu datang minta air dulu?” tanya Farid.
“Entahlah, dah mati kot sebab selalu sakit perut minum air yang kau bagi dulu,” jawab Khairul.
“Jangan-jangan dia tu SB (special branch)?” Khairul menimbulkan persoalan.
Soalan itu tidak dijawab. Mereka terus tukar topik pasal harga teh tarik yang makin mahal.
Ya, mungkin ada benarnya apa yang dikatakan. Menyamar sebagai orang gila antara taktik polis untuk mengumpul maklumat, terutamanya maklumat risikan.
Polis mempunyai banyak cara untuk mengumpul maklumat yang tidak didedahkan kepada masyarakat umum.
Tapi penulis yakin polis ada banyak lagi cara untuk mendapatkan maklumat bagi memastikan keamanan negara dan cara itu berubah mengikut peredaran zaman.
Khalid tweet famous
Yang rajin scroll timeline di Twitter pasti terperasan yang Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar antara yang dikategorikan sebagai “tweet famous” (individu yang popular di laman sosial Twitter).
Namun tindakan Tan Sri Khalid yang mengunakan laman sosial sebagai medium itu mengundang kritikan sesetengah pihak.
Ada yang kata ia disalahgunakan. Wallahualam.
“Saya menerima kritikan dan sebelum ini saya telah pun bercakap bahawa mereka boleh katakan apa yang mereka suka terhadap saya, tetapi moral saya dan kakitangan polis tidak terjejas kerana apa yang dilakukan hanyalah sebagai tanggungjawab sahaja.
“Tujuan saya menulis di Twitter adalah kerana saya mahu bertindak cepat terhadap sesuatu perkara yang melanggar peraturan yang mungkin akan tersebar jika tidak ditangani dengan baik,” kata Khalid dalam satu temu bual sempena Sambutan Hari Polis ke-208 baru-baru ini.
Tindakan Khalid ini dilihat selari dengan peredaran zaman. Sewaktu Datuk Tun Hisan Tun Hamzah memegang jawatan Ketua Polis Selangor pada tahun 2011, beliau telah memperkenalkan aplikasi “MyDistress."
Aplikasi isyarat jenayah melalui telefon pintar ini dihubungkan terus ke semua Bilik Gerakan Polis di Selangor.
Rata-rata pengguna yang berkongsi pengalaman mengunakan apps ini mengakui ia sesuatu yang baik dan memudahkan mereka ketika menghadapi kecemasan.
Nah, polis pun berubah mengikut peredaran zaman.
Polis rakyat
Selepas melalui pelbagai revolusi daripada pakaian seragam berseluar pendek dan meronda naik basikal sampailah menunggang motosikal Kawasaki Ninja 250, banyak yang telah dilakukan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah yang diberikan.
Tetapi suka atau tidak memang ada beberapa perkara yang perlu diperkemas dan ditambah baik.
“Aplikasi MyDistress kalau diperluas seluruh negara, respon pihak polis akan lebih baik daripada panggilan kecemasan 911 yang digunakan di Amerika Syarikat” kata pakar kriminologi, Datuk Akhbar Satar.
Contohnya, polis ketika ini mengunakan pendekatan “community policing” untuk mendekati masyarakat, tetapi ini boleh diperbaiki jika menggunakan kaedah “problem-oriented policing” seperti yang dilakukan di negara barat.
Model yang digunakan adalah SARA (Scanning, Analysis, Response and Assesment) dimana polis bekerjasama dengan pihak lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kampung dan juga berkongsi kepakaran dengan pakar kriminologi dalam mencari dan menyelesaikan masalah jenayah dari akar umbi.
Mungkin keadah ini lebih sesuai dalam menyelesaikan masalah dari peringkat akar umbi memandangkan nisbah anggota polis bagi setiap rakyat di negara ini adalah sekitar 1:700, sekali gus tidak mencukupi dengan trend jenayah yang kian berubah.
Apa pun, pasukan Polis Diraja Malaysia perlu terus bersifat dinamik dalam mendepani cabaran keselamatan semasa, baik di dalam mahupun di luar negara.
Ibarat pepatah "Benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau."
Hakim Rahman
Wed Mar 25 2015

Polis ada banyak lagi cara untuk mendapatkan maklumat bagi memastikan keamanan negara yang berubah mengikut peredaran zaman.
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

'Orang gila tu sebenarnya SB'
Tapi penulis yakin polis ada banyak lagi cara untuk mendapatkan maklumat bagi memastikan keamanan negara dan cara itu berubah mengikut peredaran zaman.