Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai larangan penggunaan kalimah berkenaan oleh bukan Islam di Selangor, dalam sesi soal jawab di satu wacana intelektual di sini, Selasa.
Wacana bertajuk "Pelaksanaan Hudud di Brunei: Apa Yang Malaysia Boleh Pelajari?".
Abdul Hamid mempersoalkan tujuan pihak paderi di Semenanjung yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk tuhan mereka, walaupun sejak kira-kira 500 tahun dahulu Roman Katolik memasuki Melaka, tidak pernah menggunakannya.
"Bagi saya hanya satu tujuan, iaitu untuk mengaburi mata orang Islam dengan mengatakan kalau kamu datang di gereja kami pun kamu masih beriman dengan Allah," katanya.
Dalam syarahannya di wacana itu, Abdul Hamid membincangkan isu hudud dan berkata pelaksanaannya tidak harus bermotif politik jika mahukan undang-undang itu berjaya dilaksanakan.
Beliau berkata mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakannya juga perlu meneliti keadaan sekeliling, antaranya keharmonian pelbagai kaum, dan tidak tergesa-gesa.
"Tambahan lagi idea itu timbul di negeri-negeri dan diperkenalkan tanpa rundingan dan pandangan kerajaan Persekutuan. Tanpa kerajaan Persekutuan, keadilan jenayah tidak boleh ditadbir dengan berkesan," katanya.
Mengambil kira beberapa buah negara yang melaksanakan hukum hudud seperti Pakistan dan Nigeria, Abdul Hamid berkata berdasarkan perkongsian maklumat bersama beberapa kenalannya yang terlibat secara langsung, hukum hudud dianggap tidak atau masih belum diterima sepenuhnya.
"Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Abuja, Nigeria, Ibrahim Bukar memberitahu saya bahawa sistem perundangan syariah telah diperkenalkan lebih kurang 10 tahun dan secara tergesa-gesa dan (ia) lebih kepada keuntungan politik daripada kepentingan dan keperluannya.
Beliau menasihatkan pihak yang hendak melaksanakannya terlebih dahulu melakukan kajian secara menyeluruh dan membuat pelbagai persediaan.
Abdul Hamid berkata Brunei yang mengumumkan untuk melaksanakan hukuman itu sendiri telah melakukan kajian kira-kira 30 tahun dan masih belum selesai serta tidak lagi melaksanakannya.
Sambil membandingkan negara ini dan Brunei, Abdul Hamid berkata negara yang meletakkan kuasa mutlak kepada Sultan itu mempunyai keistimewaan tertentu yang membolehkan undang-undang dipinda.
Bernama
Wed Jan 08 2014

Tun Abdul Hamid Mohamad - Gambar Fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

DAP harus dijadikan model dalam perjuangan Putra - Ibrahim Ali
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali menegaskan, ideologi Malaysian Malaysia parti DAP wajar dicontohi kerana mereka pandai dalam menjaga agenda kaum mereka.

ISA bukan undang-undang yang baik, tapi lupakah pada 13 Mei? - Tun Abdul Hamid
Abdul Hamid mempersoalkan apakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara sudah tidak ada lagi.

Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam - Tun Abdul Hamid
Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara.

Orang Islam perlu pertahan hak dalam isu kalimah "Allah" - Tun Abdul Hamid
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.