GEORGE TOWN:Cuti sempena perayaan Hari Natal dan cuti hujung minggu dimanfaatkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan feri buat kali terakhir sebelum perkhidmatan itu ditamatkan buat kenderaan empat roda hujung Disember ini.
Bukan sahaja penduduk tempatan, malah pengunjung dari luar juga turut berkunjung ke negeri itu hanya semata-mata ingin merakam kenangan menaiki pengangkutan yang menjadi ikonik Pulau Mutiara itu.
Rata-rata mereka yang ditemui menzahirkan rasa sedih apabila perkhidmatan yang telah beroperasi lebih 126 tahun itu bakal berakhir.
"Disebabkan sekarang cuti perayaan Krismas, saya ambil peluang ini untuk menikmati saat-saat terakhir naik feri kerana sebelum ini pun saya belajar di Universiti Sains Malaysia (USM).
"Sejak bekerja di Johor Bahru, peluang untuk naik feri agak terbatas sebelum ini. Jadi saya ambil cuti semata-mata untuk naik feri sahaja," kata Mohd Fahri Ahmad yang datang dari Johor Bahru.
Sementara itu, Mohd Hashim Zaim dari Batu Pahat akui wujud rasa bercampur baur dalam dirinya saat menggunakan perkhidmatan itu.
"Ini merupakan kali pertama saya nak feri dengan kereta sebab sebelum ini saya naik feri biasa sahaja dan tak sangka pula ini kali terakhir yang saya menggunakan feri Pulau Pinang.
"Katanya selepas ni akan ditutup jadi saya rasa bertuah dapat guna perkhidmatan feri Pulau Pinang ini. Satu bertuah, satu lagi rasa sedih sebab tengok perkhidmatan feri ini sudah lama sangat beroperasi," katanya.
Membesar di Pulau Mutiara, Jenny yang kini menetap di Kuala Lumpur akui pelbagai memori yang disimpan olehnya.
"Memang saya rasa rindu sangat. Dalam buku anak saya itu pun tulis F untuk feri. Jadi kita nak bawa anak, mak dan bapa datang menggunakannya sekali lagi.
"Walaupun kami sudah lama berpindah tetapi bagi kami ia bukan sekadar pengangkutan tetapi juga memori, kenangan dan warisan untuk negeri ini," ujarnya.
Sementara itu tinjauan Astro Awani di pengkalan Terminal Raja Uda di Butterworth pada Ahad mendapati kenderaan berpusu-pusu memasuki ruang terminal untuk menaiki feri.
Peluang cuti kali ini digunakan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan itu menyebabkan kenderaan terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran.
Pada Sabtu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dalam satu kenyataan memaklumkan, bermula 1 Januari ini, perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal.
Manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya.
Perkhidmatan bot laju pula akan digunakan bagi membawa penumpang pejalan kaki.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Dec 27 2020
Mereka yang membesar di Pulau Mutiara itu sifatkan perkhidmatan feri bukan sekadar pengangkutan, tetapi memori dan warisan yang sentiasa dalam ingatan mereka. -Foto Astro AWANI
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.
SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.
Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.
Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.
Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.
Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.