Zoo Negara buat pertama kalinya mempamerkan anak panda betina kepada pengunjung mulai 17 November ini.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana berkata, anak panda gergasi itu mula dipamerkan selepas tiga bulan dikuarantin bersama ibunya, Liang Liang.
"Kita akan pamerkan anak panda itu dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang setiap hari mengikut keizinan ibunya buat masa tiga hingga empat minggu ini.
"Kemudian, kami mungkin akan membuat dua sesi, pukul 10 pagi hingga 11 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang," jelasnya.
Tambahnya, dengan kelahiran anak panda gergasi tersebut, ia dijangka menambah 80 peratus pengunjung dalam dan 20 peratus pengunjung luar ke Zoo Negara.
18 Ogos lalu, Liang Liang selamat melahirkan seekor anak panda betina pada pukul 1.45 petang seberat 175 gram.
Kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang menyaksikan ibu panda melahirkan anaknya secara semula jadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan selepas ia dipinjam dari republik China.
Anak panda itu akan dihantar pulang ke China selepas dua tahun berada di Malaysia.
Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, Xing Xing dan Liang Liang akan berada di Malaysia selama 10 tahun.
Pasangan panda gergasi yang dipinjamkan China tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lalu sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Namakan anak panda
Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Malaysia Zoological Society (MZS) menganjurkan pertandingan menamakan anak panda tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pertandingan yang bermula 17 November hingga 17 Disember depan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wan Junaidi menjelaskan ia sebagai usaha mempromosi aktiviti pemuliharaan hidupan liar.
"Ia terbuka kepada orang ramai dan nama itu mestilah dalam bahasa Mandarin dan mempunyai maksud yang menarik serta original," katanya.
Katanya, keputusan penamaan anak panda gergasi itu akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua negara iaitu China dan Malaysia.
Kepada yang berminat, boleh layari laman web htpp://www.nre.gov.my/sites/pandamalaysia/
Norsiah Mohd Ramli
Tue Nov 17 2015

Anak panda gergasi yang kini boleh dilawati pengunjung Zoo Negara ini sedia dinamakan. - Foto AP

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang ialah betina
Bayi panda kini dalam keadaan sihat dan dijaga rapi oleh ibunya dengan bantuan pembantu di Zoo Negara

Orang ramai boleh mula lawat, namakan anak panda gergasi
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana berkata, anak panda gergasi itu mula dipamerkan selepas tiga bulan dikuarantin bersama ibunya, Liang Liang.