PUTRAJAYA: Orang ramai digalakkan memakai pakaian batik ketika sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada Khamis ini di Dataran Putrajaya di sini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata galakan berkenaan bukan sahaja bagi memeriahkan acara sambutan bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan itu, malah ia juga dapat menunjukkan sokongan padu kepada industri batik tempatan.
"Kita ingin ketengahkan dan utamakan baju dan fesyen batik kerana ini semestinya menjadi kebanggaan untuk rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau raptai sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Pada 23 Ogos, Bernama melaporkan sebanyak 400 helai pakaian batik Malaysia bertemakan semangat kemerdekaan bakal mewarnai sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan akan diperagakan oleh barisan Jemaah Menteri, tetamu kehormat serta urus setia.
Mengulas tahap persiapan sambutan berkenaan, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata ia berjalan lancar dan pihaknya sedang meneliti isu berkaitan jangka masa bagi memastikan tiada masalah timbul pada hari berkenaan.
"Saya setakat ini berpuas hati dengan tahap persediaan, kita lihat khemah utama telah siap dipasang dan ada beberapa kelengkapan lagi (akan diselesaikan), sekarang sedang teliti isu masa, sekiranya pasukan merasakan ada keperluan untuk kita buat pelarasan kita akan buat kerana kita ada ruang masa yang terhad sebab isu penerbangan," katanya.
Mengenai isu liputan internet, Fahmi berkata beberapa kenderaan 'Cell On Wheels (COW)' milik penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan ditempatkan di kawasan sekitar Dataran Putrajaya bagi memasti kelancaran capaian.
"Saya telah mengarahkan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti perkara itu dan menyesuaikan peralatan untuk memastikan tidak berlaku apa apa gangguan telekomunikasi pada hari tersebut," katanya.
Fahmi juga menggalakkan semua pihak yang terlibat termasuk petugas media untuk menguji capaian liputan internet dan isyarat telekomunikasi talian masing-masing pada hari raptai penuh Hari Kebangsaan 2023 pada 29 Ogos ini.
"Kita tidak mahu ada masalah hingga jejaskan tugasan petugas yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
FAHMI: Kita ingin ketengahkan dan utamakan baju dan fesyen batik kerana ini semestinya menjadi kebanggaan untuk rakyat Malaysia. -Gambar fail/Bernama
Ratusan terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak selepas ratusan penumpang terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong, Kalimantan Barat.
Dwi Nardi, Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Dwi Nardi, Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Utamakan keselamatan, sambut Tahun Baharu Cina bersederhana
Biarpun terpaksa berlindung di PPS setelah kediaman diancam bencana tanah runtuh, ia tidak mematahkan semangat sebuah keluarga kecil di Kampung Lereng Bukit, Miri untuk menyambut tahun baharu cina secara ala kadar.
RM1,000 bantuan awal akan disalurkan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusuf berkata RM1,000 akan disalurkan kepada mangsa banjir mengikut SOP sedia ada, dan bantuan tambahan akan ditentukan selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan berkata mereka dijangka tiba esok.
Hamas bebaskan askar wanita Israel di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
ASEAN 2025 | 30 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lebih 70 etnik Rohingya tiba di Aceh pada Rabu
: Lebih 70 etnik Rohingya dilaporkan tiba di Aceh, Indonesia menerusi sebuah bot kayu pada petang Rabu.
44,000 banduan dijangka dapat pengampunan Presiden Indonesia
44,000 banduan yang disabitkan dengan jenayah tidak melibatkan kekerasan dijangka mendapat pengampunan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Ia bertujuan memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform untuk rakyat semak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Kepengerusian ASEAN: Fahmi harap laporan media Malaysia sampai kepada semua media ASEAN
Liputan media sekarang berjalan dengan baik sambil keutamaan diberikan kepada sidang kemuncak.
Malaysia negara pertama saksikan perjanjian perkongsian rangkaian 4G 6 Hala
Beliau berkata perjanjian itu telah dimeterai pada Mei tahun lepas dan ia telah mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.
Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.
Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.