KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta menghentikan perbuatan menghina agama di platform media sosial bagi mengelak suasana yang tidak baik dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata sebaiknya seluruh masyarakat yang berbilang bangsa dan agama menggunakan platform media sosial tersebut untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan.
"Ia jelas dalam al-Quran dan Islam merupakan satu agama yang melarang umatnya menghina orang lain, hatta menghina individu pun tidak boleh apatah lagi dalam konteks menghina agama lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Rahmah Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP): Ziarah Pusat Kebajikan dan Rumah Asnaf di Asrama Darul Falah (ASDAF) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Mohd Na'im turut menyeru orang ramai supaya menghargai keamanan dan tidak mewujudkan suasana yang boleh merenggangkan hubungan serta menimbulkan kemarahan agama lain dengan menggunakan platform media sosial.
Terdahulu MAIWP menyampaikan sumbangan berjumlah RM14,500 kepada Pusat Kebajikan Asrama Darul Falah (ASDAF) untuk diagihkan kepada 58 penghuni pusat kebajikan itu sebanyak RM250 seorang.
"Untuk rekod, MAIWP telah menyalurkan bantuan kepada ASDAF dari 2019 hingga 2023 berjumlah RM610,000.
"Ini adalah amanah yang mesti ditunaikan sebaik-baiknya oleh MAIWP untuk mengagihkan dana zakat yang disumbangkan oleh umat Islam. Inisiatif hari ini hasil daripada dana zakat yang diterima daripada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, dengan kutipan terus meningkat setiap tahun walau berhadapan pelbagai cabaran," katanya.
Turut hadir Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya.
Sementara itu, Mohd Na'im turut menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada tiga keluarga penerima zakat MAIWP yang setiap satu menerima RM500 berserta bakul rezeki disumbangkan oleh pembayar zakat wakalah MAIWP di Flat Sentul Utama.
"Antara rumah yang dilawati sebentar tadi penerimanya ditimpa musibah hingga menyebabkan dia kehilangan pekerjaan, manakala isterinya pula tidak bekerja. MAIWP telah beri bantuan bulanan kepada keluarga ini untuk meringankan beban mereka," katanya.
Sehubungan itu beliau merayu agar syarikat, korporat dan individu yang belum membayar zakat di Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024

MOHD NA'IM: Seluruh masyarakat berbilang bangsa dan agama perlu gunakan platform media sosial untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan. - Gambar fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.

Orang ramai diminta henti perbuatan hina agama di media sosial - Mohd Na'im
Seluruh masyarakat berbilang bangsa dan agama perlu gunakan platform media sosial untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan.

Lelaki ditahan hina agama, persenda ucapan salam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial.

Tujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka - Teo Nie Ching
Kerajaan juga tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital menerusi pelbagai platform media sosial pada masa kini.

Akta sedia ada mencukupi untuk denda individu hina Islam - Idris
Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Hina agama: Tiada kompromi kepada pihak sengaja lakukan provokasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama.

Lapor kepada pihak berkuasa jika Islam dihina, jangan ambil tindakan sendiri
Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.

Rasa kecewa, putus asa hadapi masalah hidup punca hina agama
Perasaan kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah-masalah hidup menjadi antara kemungkinan seseorang bertindak menghina agama.

Tiada kompromi perlakuan hina agama, provokasi permusuhan
Rakyat diseru untuk lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.