KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran menyumbangkan bahan audiovisual seperti dokumentari, filem, iklan, animasi video korporat dan sebagainya kepada Arkib Negara Malaysia (ANM) untuk melengkapkan koleksi pelbagai peristiwa bersejarah negara bagi tujuan pemuliharaan dan rujukan generasi akan datang.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata mulai tahun hadapan juga kesemua pertubuhan badan bukan kerajaan yang menyumbang koleksi audiovisual mereka akan diiktiraf sebagai "Rakan Perpaduan".
Beliau berkata kandungan maklumat bahan audiovisual adalah pengetahuan yang paling relevan pada masa lampau dan sumber pengetahuan berharga kerana mencerminkan kepelbagaian bangsa dan sosiobudaya dalam masyarakat.
"Saya berharap warisan audiovisual menjadi wadah yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan generasi muda dalam menerapkan nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat menghormati selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah ANM, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.
Sambutan yang bertemakan "Anda Jendela kepada Dunia" itu diadakan bertujuan untuk menyebar luas kepentingan audiovisual dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaannya.
Dalam pada itu, Aaron berkata ANM perlu memberi tumpuan terhadap pengukuhan infrastruktur pendigitalan bahan audiovisual supaya ia dapat diguna dan diakses sepanjang zaman.
Menurutnya ia selaras dengan sasaran ANM iaitu 50 peratus bahan arkib (sumber maklumat) boleh dicapai oleh masyarakat menjelang tahun 2025.
"Migrasi kepada pendigitalan perlu dipergiatkan bagi mengelakkan keusangan format dan kehilangan kandungan serta maklumat di dalamnya," katanya.
Pada majlis itu, empat pendeposit bahan audiovisual menyerahkan koleksi masing-masing berkaitan dokumentari, filem, animasi, iklan dan video korporat untuk disimpan di ANM.
Mereka terdiri daripada Azharul Azmir Kamarulzaman berkaitan dokumentari Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Melaka, Hassan Mutalib (filem, animasi dan iklan), Radio Televisyen Malaysia (dokumentari khas Tekad Tunku Abdul Rahman: Perpaduan Malaysia) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (video korporat).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Aaron Ago Dagang (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Purbawan Wan Ahmad Arshad (kanan) ketika melawat reruai pameran pada majlis perasmian sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023 pada Selasa. - Bernama

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

RUU MMM 2024: Pencapaian bersejarah untuk kebebasan media, etika - MPI
RUU Majlis Media Malaysia 2024 yang diluluskan pada Rabu merupakan satu pencapaian penting dalam landskap media Malaysia, selepas lebih 50 tahun perbincangan dan rundingan.

Kerana cinta ditolak, lelaki serang dan ugut bunuh pengawal keselamatan wanita
Suspek datang ke pondok pengawal keselamatan tempat mangsa bekerja untuk meluahkan perasaan cinta kepadanya, namun, hasrat itu ditolak oleh mangsa.
Agong tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas pada Khamis.

Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.
DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak Bazar Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan Bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
RUU MMM: Dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini
Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.
Sidang Parlimen: Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan hari ini
Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kesihatan: Kanak-kanak maut akibat campak, kes pertama di A.S dalam sedekad
Seorang kanak-kanak di Texas Barat, meninggal dunia akibat campak, menjadikannya kematian pertama akibat penyakit berjangkit itu di Amerika Syarikat dalam tempoh sedekad.
Konflik di Ukraine: Trump sahkan Zelensky lawat A.S tandatangani perjanjian mineral
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy akan melawat Washington pada Jumaat bagi menandatangani perjanjian berkaitan mineral nadir bumi.

Orang ramai diseru sumbang koleksi audiovisual kepada Arkib Negara
Mulai tahun hadapan, kesemua pertubuhan badan bukan kerajaan yang menyumbang koleksi audiovisual mereka akan diiktiraf sebagai "Rakan Perpaduan".