PUTRAJAYA: Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran orang ramai termasuk kanak-kanak yang memanfaatkan cuti sekolah ketika ini.
Demi memastikan dapat duduk di tempat duduk bertingkat yang disediakan atau setidak-tidaknya berada di barisan hadapan sepanjang jalan di Dataran Putrajaya di sini, ada yang sanggup datang seawal 6 pagi semata-mata untuk melihat dengan jelas semua acara yang diatur.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Merab Luar, Kajang, Muhammad Thaqif Fawwaz Mohd Tadzman, 10, ketika ditemui berkata komponen perarakan yang paling diminatinya ialah automotif menerusi Kontinjen Ekonomi serta Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran.
"Saya bangun pukul 5 pagi kerana nak datang tengok perarakan, saya rasa seronok dan yang paling best tengok kereta sports dan antik tadi," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Sharifah Fatin Najwa Wan Muhd Najib, 18, dari Sungai Udang, Melaka, turut tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri pada 'sneak peek' sambutan hari ini yang menurutnya cukup meriah.
Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong itu berkata beliau yang hadir seawal 7 pagi teruja melihat perbarisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anggota keselamatan dan pertahanan lain yang segak dan tegap mengenakan uniform masing-masing.
"Ini kali pertama saya datang, rasa teruja tengok suasana hari ini dan sudah pasti saya akan datang untuk menyaksikan acara penuh pada 31 Ogos nanti," katanya yang hadir bersama keluarganya hari ini.
Sementara itu, Muhammad Hamzah Zainal Abidin, 36, berkata selain menemani isterinya yang merupakan peserta perbarisan dan perarakan di bawah Kontinjen Perbankan, beliau turut membawa empat orang anak bagi mengisi waktu lapang sempena cuti sekolah sekarang.
"Saya datang hari ini untuk merasai sendiri semangat Hari Kebangsaan, raptai hari ini dah meriah, orang pun ramai, mungkin nanti pada hari sambutan, lagi ramai," katanya.
Dianggarkan bilangan pengunjung akan menjangkau 100,000 orang pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini, Khamis ini, yang akan bermula pada 7.30 pagi.
Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.
Selain itu, pelbagai persembahan memukau bakal disajikan antaranya aksi bermotosikal Army Red Warrior, Tentera Darat Malaysia; aksi terjunan tepat 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), perarakan 'cosplay' dan pelbagai maskot watak animasi terkenal serta perarakan 30 kereta antik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Dataran Putrajaya hari ini dipenuhi pengunjung yang hadir sempena cuti sekolah sekali gus memeriahkan suasana raptai perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2023 yang akan disambut Khamis ini. - Foto BERNAMA
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Orang ramai meriahkan raptai Hari Kebangsaan, manfaatkan cuti sekolah
Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan berjalan meriah dengan kehadiran orang ramai termasuk kanak-kanak yang memanfaatkan cuti sekolah ketika ini.