Risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati 13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal tangki MT Orkim Harmoni.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata lima daripada mereka beredar menggunakan bot tunda yang digunakan untuk merapati kapal, manakala lapan lagi menaiki kapal tangki tersebut.
Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bot tunda yang dipercayai digunakan suspek untuk merompak kapal MT Orkim Harmony ditemui di Batam dua hari lepas.
"Kita telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia berkenaan pencarian baki lima penjenayah itu," katanya pada sidang media mengenai perkembangan kapal tangki MT Orkim Harmoni di sini hari ini.
Lapan suspek kes kapal tangki membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta itu ditahan pihak berkuasa Vietnam pada Jumaat lepas berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam.
Ahmad Puzi dalam kenyataannya semalam berkata pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan bahawa lapan suspek berkenaan mengaku terlibat dalam rompakan MT.
BACA:
Orkim Harmoni: Lapan warga Indonesia yang ditahan Vietnam disahkan dalang rampasan
Orkim Harmoni dan APMM sudah memulakan proses ekstradisi lapan suspek itu. Mengenai lapan suspek itu, Ahmad Puzi berkata siasatan pihak berkuasa Vietnam menunjukkan mereka berpengalaman dalam melakukan rompakan di laut selain mahir dalam pengendalian kapal.
Beliau berkata pelbagai alatan perhubungan, antaranya alat komunikasi satelit turut ditemui semasa ditahan, menunjukkan mereka merupakan 'perompak profesional' yang mempunyai rangkaian yang luas.
"Siasatan APMM ke atas anak kapal yang diselamatkan juga mendapati suspek yang dikenali sebagai 'Ruslan', yang dipercayai ketua kepada penjenayah itu sering membuat panggilan dan bercakap menggunakan bahasa Inggeris.
"Kenyataan anak kapal memberi maklumat, rumusan dapat dibuat apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal itu," katanya, serta menambah soal siasat ke atas 22 anak kapal telah selesai dijalankan.
Berhubung usaha membawa lapan suspek tersebut ke Malaysia, Ahmad Puzi berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan negara lain tetapi beliau percaya hubungan yang rapat antara negara ASEAN memungkinkan proses ekstradisi itu akan dapat dipermudah.
Dalam pada itu, beliau berkata APMM bercadang menempatkan anggota pasukan khas atau Special Task and Rescue Team (STAR) secara rambang di atas kapal komersial yang berdaftar di negara ini bagi meningkatkan keselamatan kapal di masa hadapan.
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirompak pada 11 Jun lepas, berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada pukul 7.30 pagi Sabtu lepas, lewat lima jam daripada waktu ia dijadualkan tiba berikutan mengalami masalah enjin.
Bernama
Mon Jun 22 2015

Ahmad Puzi dalam kenyataannya semalam berkata pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan bahawa lapan suspek berkenaan mengaku terlibat dalam rompakan MT. - Gambar Fail
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P

Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.

Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.

Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.

Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.

Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.

Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).