Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Othman Hashim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar yang baharu berkuat kuasa 1 September ini.
Pelantikan Othman, 58, ialah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Ogos.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan Othman khususnya dalam hubungan luar negara semasa memegang jawatan berkaitan dalam kementerian itu.
"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki beliau akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan di Kementerian Luar Negeri dalam memastikan kepentingan hubungan luar dan kedaulatan Malaysia sentiasa terpelihara.
"Selain itu, melalui pendekatan diplomasi yang proaktif, saya berkeyakinan penuh beliau akan dapat melaksanakan strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara dengan lebih efektif selain dapat menyatakan pandangan Malaysia dalam isu-isu di peringkat antarabangsa dengan jelas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Ali melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Radzi di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang perkhidmatan khususnya semasa tiga tahun perkhidmatan beliau sebagai KSU di kementerian berkenaan.
Othman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya mula menyertai perkhimatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979 dan telah berkhidmat selama 33 tahun.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada tahun 2009 sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika pada Februari tahun lalu.
Othman juga pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Czech dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiauasaha (TKSU) di bahagian (Hubungan Dua Hala) dan TKSU di bahagian (Khidmat Pengurusan), Kementerian Luar selain Setiausaha Bahagian (Perancangan Dasar) di kementerian yang sama.
Bernama
Fri Aug 30 2013
Datuk Othman Hashim
Penduduk Gaza perlu pemindahan perubatan segera – WHO
Ribuan penduduk Gaza memerlukan "rawatan perubatan khusus yang mendesak" yang hanya boleh diperoleh di luar wilayah itu.
Perkara itu dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perkara itu dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
50 pesakit dari Gaza tiba di Rafah
Lima puluh pesakit dari Semenanjung Gaza tiba di Mesir pada Sabtu melalui pintu sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan antara wilayah Palestin itu dan Mesir.
Netanyahu bincang fasa kedua gencatan senjata Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan memulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata di Gaza apabila bertemu dengan Utusan Asia Barat Presiden Amerika Syarikat, Steve Witkoff, pada Isnin di Washington.
Netanyahu dijadualkan berlepas dari Israel pada Ahad menuju ke Washington dan akan bertemu Presiden Donald Trump di White House minggu depan untuk membincangkan situasi di Gaza serta nasib tebusan Israel yang masih ditahan.
Netanyahu dijadualkan berlepas dari Israel pada Ahad menuju ke Washington dan akan bertemu Presiden Donald Trump di White House minggu depan untuk membincangkan situasi di Gaza serta nasib tebusan Israel yang masih ditahan.
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.
Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.
Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.
Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat
Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada
Malaysia sedang memantau rapi kesan Taufan Usagi atau dikenali Ofel yang telah melemah dengan ketara pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan di bandar utara Filipina.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.