BUTTERWORTH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan untuk melanjutkan Dasar Rangsangan Sektor Hartanah dan Dasar Pemilikan Kediaman atau dikenali sebagai Home Ownership Campaign (HOC) 3.0 bermula 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2024 dalam usaha membantu mempromosi pemilikan Rumah Mampu Milik (RMM) kepada masyarakat.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia juga antara lain bertujuan untuk memenuhi sasaran kerajaan negeri bagi membekalkan 220,000 RMM kepada rakyat Pulau Pinang menjelang 2030.
"HOC itu telah dilaksanakan sejak dua tahun lepas dan mendapat sambutan yang baik jadi kerajaan negeri dalam usaha menyokong sasaran Visi Penang2030 iaitu untuk bekalkan 220,000 rumah mampu milik, kami telah bersetuju melanjutkannya pada tahun depan.
"Menerusi kempen itu, kerajaan negeri akan menawarkan diskaun 10 peratus untuk RMM berharga RM300,000 di bahagian pulau kepada RM270,000 seunit dan RM250,000 di kawasan Seberang Owrsi kepada RM225,000 dengan keluasan minimum 850 kaki persegi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Ekspo Rumah Mampu Milik dan Hartanah Pulau Pinang 2023, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Datuk Seri S. Sundarajoo.
Chow berkata HOC yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi memberi lonjakan kepada industri hartanah di Pulau Pinang dilihat memberi kesan dan membuahkan hasil malah melalui dasar itu juga rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat serta berjaya memiliki rumah kediaman sendiri.
Katanya komitmen kerajaan negeri adalah untuk memastikan penyediaan kediaman mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki haruslah di data oleh semua pihak penyedia perumahan termasuklah pihak swasta.
"Malah satu lagi kejayaan yang dicapai oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang ialah kelulusan Garis Panduan RMM untuk menggariskan dasar dan piawaian bagi menyeragamkan aspek pembangunan RMM agar lebih berdaya huni serta harmoni," katanya.
Beliau berkata menerusi garis panduan itu, diharapkan semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta menjadikan garis panduan tersebut sebagai rujukan dan dapat menangani isu serta cabaran yang dihadapi dalam industri perumahan di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia juga antara lain bertujuan untuk memenuhi sasaran kerajaan negeri bagi membekalkan 220,000 RMM kepada rakyat Pulau Pinang menjelang 2030. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

P.Pinang lanjutkan HOC bantu promosi rumah mampu milik
Ia juga antara lain bertujuan untuk memenuhi sasaran kerajaan negeri bagi membekalkan 220,000 RMM kepada rakyat Pulau Pinang menjelang 2030.

Jual rumah untuk warga China dan Hong Kong, pengkritik mungkin tak faham - Zuraida
Zuraida menegaskan ekonomi negara dapat berkembang dengan baik sekiranya penjualan rumah dapat dilakukan sekaligus memberi peluang kepada pemaju merancakkan kembali projek perumahan.