Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada Rabu mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair (LPG).
Pengerusinya, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan pada Rabu berkata, bagi prosiding EMGS yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pihaknya telah mendengar keterangan dan penjelasan daripada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pegawai Eksekutif EMGS Shahinuddin Sharif.
"Jawatankuasa ini diberikan penjelasan mengenai isu-isu EMGS antaranya tadbir urus korporat, membabitkan baki geran mengurus yang diterima daripada kerajaan berjumlah RM22.13 juta masih tidak digunakan sepenuhnya bagi mencapai tujuan promosi dan pemasaran.
"Selain itu, data mengenai pelajar antarabangsa yang akan tamat belajar atau ditamatkan pengajian tidak dikemas kini dalam Sistem Permohonan Pendaftaran Pelajar (STARS) milik EMGS dan laporan bagi setiap aktiviti promosi dan pemasaran tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah EMGS," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Sementara itu, dalam prosiding kedua berkaitan pengurusan subsidi LPG yang di bawah Kementerian Kewangan (MOF) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Noraini berkata pihaknya telah mendengar keterangan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Siti Zauyah Md Desa mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Paddy Abdul Halim.
"Dalam prosiding berkenaan, ahli-ahli PAC Parlimen membangkitkan persoalan mengenai wujud kelemahan dalam pengurusan bayaran subsidi gas LPG, kelemahan dalam aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan serta kegagalan syarikat pemborong dan peruncit LPG untuk menyelenggarakan rekod stok dengan lengkap dan teratur.
"Terdapat juga premis pemborong dan peruncit yang tidak mempunyai bukti pernah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya.
Noraini berkata kedua-dua isu itu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 04 2019
PAC Parlimen mengadakan dua prosiding membabitkan isu EMGS dan pengurusan subsidi LPG.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Dewan Rakyat: 80 peratus graduan bakal dapat kerja menerusi Penjana KPT-CAP
Noraini berkata, program itu memanfaatkan 7,596 graduan dan sekurang-kurangnya 80 peratus atau 6,077 graduan akan mendapat penempatan pekerjaan.
PdP dalam talian: Bantuan data dan peranti bagi pelajar IPT - Dr Noraini
Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) memudahkan akses pelajar ke proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian.
75,000 graduan terjejas peluang pekerjaan tahun ini
Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
KPT sasar 20,000 graduan manfaat Penjana KPT-CAP
Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga hari ini, sebanyak 140 program disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 buah syarikat.
COVID-19: Kemasukan ke IPTA di Kedah, Sarawak mungkin ditangguh
Kepulangan penuntut dan kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi awam di Kedah dan Sarawak pada Oktober, mungkin ditangguhkan.
790 pelajar IPT berlepas pulang ke kampung halaman pada Isnin malam - Noraini Ahmad
Seramai 790 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlepas pulang ke kampung halaman dari sembilan pusat pelepasan pada Isnin malam.
Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat bermula 1 Mei ini - Ismail Sabri
Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat ke Sabah dan Sarawak termasuk zon utara, zon tengah dan zon selatan di Semenanjung akan bermula 1 Mei ini.
Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti mula pulang Isnin ini - KPT
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman secara berperingkat mulai Isnin ini.
128 buah IPT terima bekalan makanan sepanjang PKP, sumbangan kekal konsisten
Bantuan bekalan makanan kering tambahan tersebut mula diedar ke Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sejak 21 Mac lalu.
PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair.