PENAMPANG: Polis Penampang mengesahkan kenderaan pacuan empat roda yang terperosok di bawah saluran pembentung parit adalah kenderaan yang dihanyutkan akibat banjir pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati kejadian berlaku berhampiran Bulatan Sigah, Pekan Donggongon dan gambar mengenainya turut tular di media sosial sejak awal pagi Rabu.
Katanya, pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik kenderaan itu sendiri dan hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Selasa ketika daerah ini dilanda banjir.
"Keadaan jalan di kawasan berkenaan dinaiki air pada hari kejadian menyukarkan mangsa hingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit.
"Mangsa berjaya menyelamatkan diri namun kenderaannya telah dihanyutkan arus deras dalam kejadian itu sehingga terperosok ke dalam pembentung parit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Susulan laporan yang diterima, Mohd Haris menasihatkan orang ramai tidak memuat naik sebarang fakta yang tidak sahih di mana-mana platform media sosial mengenai kejadian berkenaan.
"Ini bagi mengelak sebarang kekeliruan dan mendatangkan kegusaran kepada orang ramai," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 15 2023

Pacuan empat roda terperosok di bawah saluran pembentung parit berhampiran Bulatan Sigah, Pekan Donggongon, Penampang. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiga penjenayah mati ditembak di Penampang
Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9.13 malam tadi.

3 diburu kes pergaduhan dua kumpulan warga Pakistan di Penampang
Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak dan terdapat tiga suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sedang diburu.

KPDN Sabah tahan dua lelaki, rampas 1,500 liter diesel dalam Op Tiris
Kedua-dua lelaki berumur 29 dan 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa yang melakukan operasi Op Tiris di sekitar Jalan Penampang pada 9.10 malam.

RM1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran
Keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan yang mendesak, memandangkan laluan perhubungan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah berkenaan.

Jumlah mangsa banjir di Sabah kembali meningkat
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sabah pada jam 4 petang ini kembali meningkat kepada 481 mangsa.

NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah untuk bantuan banjir
NADMA meluluskan permohonan menggunakan RM14 juta baki peruntukan Monsun Timur Laut negeri itu untuk bantuan banjir.

Jambatan baharu Sungai Babagon bernilai RM16.8 juta manfaatkan 6,000 penduduk - Ewon
Jambatan konkrit sepanjang 90 meter itu dijadual siap dalam tempoh dua tahun seperti ditetapkan Jabatan Kerja Raya.

Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang
Pengurangan pengeluaran air terawat itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.

Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2023 lubuk rezeki 100 usahawan luar bandar
Lebih 100 penjaja dan peniaga kecil sekitar Kota Belud tidak melepaskan peluang untuk meraih hasil jualan lebih besar dalam Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2023.

Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri saksikan kepelbagaian budaya etnik Sabah
Perkampungan budaya Persatuan Kebudayaan Kadazandusun di Penampang, menjadi destinasi persinggahan konvoi Kembara Kenali Borneo hari ini.