Padah membuat laporan polis palsu kononnya diragut, seorang bakal pengantin lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Juinie Marius, 33 tahun dijatuhi hukuman itu sejurus membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi maklumat secara bertulis kepada Inspektor Fadhilah Rosli yang diketahui tertuduh adalah palsu, di lorong belakang pasar raya 24 jam, Jalan Merdeka, Melaka kira-kira jam 11.15 pagi, pada 6 Oktober 2017.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Shazreen Nadia Saaban memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes laporan palsu dibuat di Melaka sejak tahun 2016.
Tertuduh yang diwakili peguam, Ishak Kari bagaimanapun merayu hukuman diringankan atas alasan anak guamnya yang berasal dari Sabah itu dipengaruhi rakan untuk membuat laporan palsu terbabit, dan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei ini, selain menanggung bapanya berusia 80 tahun serta tidak pernah mempunyai rekod jenayah.
Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan pengadu yang juga pegawai kanan polis terhadap tertuduh mendapati maklumat laporan adalah palsu iaitu tertuduh semasa berada di kedai jual duit lama dan kraftangan iaitu tempat kerjanya, menyedari ada barang hilang pada Mei tahun lalu.
Rakannya kemudian meminta memulangkan semula barangan itu namun tidak ditemui seterusnya ke balai polis memberitahu barangan itu kononnya diragut kerana bimbang rakannya tidak percayakannya.
Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Analia kemudian mengenakan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar penjara selama sebulan.
Astro Awani
Mon Jan 29 2018

Tertuduh, Juinie Marius, 33 tahun dijatuhi hukuman itu sejurus membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. - Gambar hiasan
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000.