KUALA LUMPUR: Lagak 'membunuh diri' 14 penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban dan Lebuhraya Kajang - Seremban mengundang padah apabila ditahan polis pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, 14 penunggang motosikal membabitkan tiga kumpulan berlainan itu ditahan secara berasingan bermula jam 12.20 tengah malam.
Menurutnya, pasukan polis dari Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman mengesan penunggang terbabit melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan zig-zag.
"Tangkapan pertama melibatkan empat penunggang selepas dikesan melakukan aksi samseng jalanan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban manakala kumpulan kedua terdiri daripada tiga penunggang dikesan melakukan aksi itu di Lebuh Raya Kajang-Seremban.
"Seterusnya, geng ketiga melibatkan tujuh penunggang juga dikesan melakukan aksi serupa di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, kesemua tangkapan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu telah dibawa ke Ibu Peiabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan IPD Nilai untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis juga turut menyita semua motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Kawasaki 150RR dan Yamaha 135LC.
"Siasatan awal mendapati geng pertama dalam perjalanan dari Nilai ke restoran di Senawang Negeri Sembilan, geng kedua pula dalam perjalanan pulang ke Kajang dari Senawang manakala geng ketiga juga dalam perjalanan pulang ke Cheras selepas makan di Seremban," ujarnya.
Tegas beliau, kesemua tangkapan akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022

Aksi salah seorang daripada 14 samseng jalanan yang ditahan JSPT Bukit Aman di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuh Raya Kajang-Seremban pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Padah lagak samseng jalanan, 14 ditahan
Polis mengesan penunggang terbabit melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan zig-zag.