TAWAU: Taktik dua wanita warga asing menyembunyikan dadah dalam bengkung pakaian dalam yang dipakai terbongkar apabila ditahan di kilometer 37 Jalan Tawau-Semporna, Rabu lalu.
Kedua-dua wanita berusia 38 dan 40 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi.
Ketika ditahan dua wanita itu menyembunyikan dadah jenis syabu seberat 2,016.99 gram yang dibungkus dalam bungkusan berwarna coklat.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, kesemua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau ketika terserempak dengan kereta dinaiki suspek yang dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan ke atas dua wanita mendapati terdapat bungkusan berwarna coklat yang disembunyikan di sebalik bengkung yang dipakai mereka.
"Ada dua bungkusan mengandungi 20 plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu," katanya pada sidang media pada Jumaat.
Tambah Peter, siasatan awal pihaknya mendapati, kesemua dadah itu dibawa masuk ke Tawau untuk diseludup ke negara jiran Indonesia.
Katanya, kesemua dadah yang ditahan dianggarkan bernilai RM72,720.
Kes di siasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.//
Petrus Bernard
Fri Sep 17 2021

Ketika ditahan dua wanita itu menyembunyikan dadah jenis syabu seberat 2,016.99 gram yang dibungkus dalam bungkusan berwarna coklat. - Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sorok 67kg dadah RM3.2 juta dalam 'parcel'
Dadah seberat 67 kilogram dianggarkan bernilai RM3.2 juta dipercayai cuba diseludup ke Sabah berjaya dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Julai lalu.

Helah sorok dadah RM23 juta dalam Alphard yang ditunda digagalkan polis
Trak tunda dinaiki dua beranak berusia 27 dan 58 tahun berasal dari Kelantan itu ditahan di Kilometer 7, Jalan Raya Timur Barat, dekat Gerik.

Polis bongkar sindiket dadah sorok syabu dalam beg sekolah
Taktik sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang sorokkan syabu di dalam beg sekolah kanak-kanak terbongkar apabila dadah seberat 5.2 kilogram dirampas polis.

Sorok dadah dalam sejadah, taktik terbaru sindiket antarabangsa
Sindiket yang didalangi warga tempatan itu dibongkar hasil serbuan di sebuah syarikat kurier di Cheras pada 6 Mac lepas.

PGA9 tahan wanita sorok dadah dalam pakaian dalam
Seorang wanita sanggup menyembunyikan sejumlah dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 di dalam pakaian dalamnya semata-mata bagi mengelak dikesan polis.

Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.