SEBERANG PERAI:Seorang paderi orang kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak warga Korea dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki yang juga OKU pada 2013 dan 2017.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan jurubahasa Korea dan jurubahasa isyarat antarabangsa bagi membaca pertuduhan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Jee Jong Hoon, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan memeluk, mencium dan menggeselkan kemaluannya terhadap dua lelaki yang kini berusia 28 dan 27 tahun dengan niat mencabul kehormatan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 12.20 tengah malam pada Oktober 2013 dan 11 malam hingga 1 pagi pada Julai 2017.
Jong Hoon didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di tingkat 11, Apartmen Seri Cemerlang, Kampung Paya, Butterworth.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam G. Shanmugam dan Adlin Farhana.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta dua orang penjamin.
Mahkamah menetapkan 18 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu pihak peguam bela menyediakan jurubahasa isyarat antarabangsa dari Istana Kehakiman, Putrajaya.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 18 2020

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman. - Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pastor OKU warga Korea Selatan didakwa sekali lagi kes cabul
Jee Jong Hoon, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan memeluk, mencium bibir dan menggeselkan kemaluannya terhadap seorang lelaki.

Paderi OKU warga Korea dituduh cabul dua lelaki OKU
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan jurubahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membaca pertuduhan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

COVID-19: Lebih 300 kes baharu dikaitkan dengan gereja Seoul
Kebanyakan kes baharu dilaporkan di Seoul yang mempunyai populasi 51 juta penduduk.

KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh
Pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya telah menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan.

Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.

Terlalu banyak publisiti ganggu siasatan kes culik Pastor Raymond - KPN
Selepas 35 hari kes penculikan pastor Raymond Koh Keng Joo, polis mengesahkan tiada petunjuk baharu mengenainya.

Suspek disyaki peras ugut keluarga pastor dituduh hari ini
Suspek yang berusia 30 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan pemerasan ke atas keluarga mangsa.

Suspek berusia 32 tahun ditahan berhubung penculikan pastor
Polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang pastor yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya bulan lepas.