KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini memberi jaminan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kekal selamat walaupun berhadapan dengan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu.
Beliau berkata serangan berkenaan berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS) dan sekatan firewall sejak sistem itu dilancarkan pada 2 Jan lepas.
"Saya boleh nyatakan PADU masih lagi selamat hasil tindakan pantas yang diambil pasukan pembangunan sistem.
"Kerajaan juga memutuskan untuk melaksanakan geofencing (teknologi pengesanan berasaskan GPS). Hanya capaian dalam Malaysia sahaja boleh mengemas kini PADU," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, hari ini.
Rafizi berkata sebanyak 4,292,912 individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mewakili 19.5 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi Malaysia telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam PADU setakat 10 Mac.
"Kalau jumlah pendaftaran termasuk mereka yang berumur bawah 18 tahun adalah 5,946,708 orang iaitu 19.8 peratus daripada keseluruhan populasi negara," katanya.
Rafizi berkata PADU akan diperkemas dengan kemampuan mengemas kini data secara masa nyata bagi membolehkan perkongsian data antara jabatan serta agensi dilakukan secara pantas dan automatik.
"Maknanya kalau ada sahaja kemas kini data di mana-mana kementerian dan jabatan, secara automatik ia akan dicerminkan dalam pangkalan data PADU.
"...Inisiatif ini diambil bagi menambah baik perancangan dasar dan pelaksanaan program berpandukan data untuk membolehkan rakyat menerima manfaat yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.

Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.

PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini memberi jaminan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kekal selamat walaupun berhadapan dengan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu.

Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.