KUANTAN: Pahang bakal menganjurkan satu pertandingan Kanu bertaraf Antarabangsa sebagai satu lagi produk pelancongan yang baharu pada tahun ini.
Pertandingan yang dinamakan 'Pahang Ocean Canoe International Challenge' atau Cabaran Antarabangsa Kanu Lautan Pahang itu dijangka dapat diadakan pada Ogos ini bersempena bulan Kemerdekaan sebagai satu usaha menjadikan negeri ini destinasi sukan air yang dikenali dunia.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata Pahang mempunyai persisir pantai sepanjang 240 kilometer dan kerajaan negeri mahu menjadikannya aset tarikan baharu kepada dunia.
Tambah Mohd Sharkar kerajaan negeri kini membentuk satu pasukan teknikal untuk melakukan kajian terperinci bagi memastikan pertandingan itu diiktiraf oleh badan antrabangsa.
"Kita akan adakan pertandingan kanu yang diiktiraf oleh Persatuan Kanu Sedunia dan sebagainya. Kita tidak mahu anjurkan pertanding syok sendiri, itu sebab ia mesti diiktiraf.
"Perkara ini mengambil masa sikit untuk kita kaji selidik dan melihat apa yang kami harus lakukan. Kami mempunyai pakar teknikal dan juga pakar dalam sukan kanu ini.
"Sukan kanu ini bukan sesuatu yang sering diamalkan di Malaysia, bukan seperti lumba perahu atau lumba bot," katanya.
Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran ''This Is Pahang 2022 - Unlimited' serta Majlis Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang pada Isnin malam.
Sebanyak 111 anugerah pelbagai kategori disampaikan sebagai menghargai peranan kepada pemain industri pelancongan serta penggiat seni dan budaya.
Tambah Mohd Sharkar pada tahun 2019 Pahang merekodkan kedatangan pelancong seramai 13.9 juta orang dengan jumlah perbelanjaan sebanyak Rm15 bilion namun merosot kepada 7 juta pada 2020 dan 1 juta pada 2021 akibat wabak COVID-19 di mana aktiviti pelancongan terpaksa dihentikan.
Namun setelah pintu sempadan negeri dibuka dan destinasi pelancongan Pahang kembali menjadi pilihan pelancong tempatan, kerajaan negeri menjangkakan kunjungan 8 juta pelancong pada tahun 2022.
Mohd Zalani Md Atan
Tue Jan 18 2022
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah (tiga, kiri) berkenan menyampaikan anugerah sempena Malam Penghargaan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. - Astro AWANI
Seorang lagi suspek kes pukul OKU ditahan
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Robert Choe meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1950-an dan 1960-an, Robert Choe Kim Chwee meninggal dunia pagi tadi pada usia 85 tahun.
SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
Abg Yahya rangkul emas Kejohanan Dunia Boling Para IBF
Skuad boling para negara meraih pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki TPB4 pada Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025.
WEF2025: 47th US Presidency, Early Thoughts
This special session with experts dive into the first actions by the new US government and what they could mean for the future.
AWANI Ringkas: Tiada tol percuma bermula Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran di resort ski terkemuka Turkiye, sekurang-kurangnya 10 maut, 32 cedera
Kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian restoran resort pada waktu tengah malam, namun masih belum diperincikan puncanya.
Elon Musk bikin kecoh, buat tabik Nazi
Musk dikecam gara-gara membuat isyarat tangan menyerupai tabik Nazi ketika berucap pada majlis angkat sumpah Presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump.
Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar NAFAS dijangka dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
Boleh berhimpun tapi ikut peraturan - Saifuddin
Rakyat bebas berhimpun namun perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudah cara dan menghormati hak semua pihak terlibat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta itu dikuatkuasakan bagi memudah cara perjalanan sesuatu perhimpunan pada hari kejadian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta itu dikuatkuasakan bagi memudah cara perjalanan sesuatu perhimpunan pada hari kejadian.
Pahang bakal anjur pertandingan kanu bertaraf antarabangsa
Pahang mempunyai persisir pantai sepanjang 240 kilometer dan kerajaan negeri mahu menjadikannya aset tarikan baharu kepada dunia.