KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan bundle (pakaian atau kasut terpakai) dan but kereta kembali beroperasi hanya kepada pengunjung lengkap vaksinasi mulai hari ini, kata Exco Kerajaan Tempatan Datuk Abd Rahim Muda.
Beliau berkata pengunjung perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Waktu operasi yang ditetapkan bagi pasar malam bermula 3 petang sehingga 9 malam dan bilangan peniaga berdasarkan 50 peratus daripada kapasiti peniaga sedia ada untuk sesuatu tapak. Hanya peniaga makanan dan minuman serta komoditi asas sahaja dibenarkan secara penggiliran.
"Pengunjung diingatkan supaya tidak makan atau minum di gerai serta kawasan lapang atau tempat letak kereta berhampiran tapak pasar malam selain tiada perkhidmatan mencuba pakaian atau penukaran dibenarkan," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Abd Rahim berkata kanak-kanak dan individu berusia 70 tahun ke atas tidak digalakkan ke pasar malam, manakala bagi peniaga, had umur yang tidak digalakkan ialah 60 tahun dan seterusnya.
Peniaga juga tidak dibenarkan menjalankan aktiviti berbentuk hiburan seperti mesin permainan Kiddie Ride dan Claw Machine dan sewaan alatan permainan selain tiada aktiviti promosi atau edaran risalah di pasar malam.
Ketetapan seperti menyediakan nombor giliran, pengawal keselamatan, memastikan penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan kod QR MySejahtera adalah diwajibkan.
"Jika terdapat pengunjung atau peniaga didapati positif COVID-19, tapak perniagaan akan ditutup selama tiga hari untuk kerja pembersihan," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan secara berkala dan berharap penganjur dapat menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan pelanggan dan peniaga mematuhi SOP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan bundle (pakaian atau kasut terpakai) dan but kereta kembali beroperasi hanya kepada pengunjung lengkap vaksinasi mulai hari ini. - Gambar hiasan

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.